Semenjak
Kerajaan Barisan Nasional (BN) kehilangan 2/3 majoriti di Parlimen dan
Pembangkang berjaya memenangi lima (5) negeri pada Pilihanraya 2008 (walaupun Perak
dapat dirampas kembali), issue “agama” dan “bangsa” menjadi modal untuk
Pembangkang menuju ke Putrajaya pada Pilihanraya yang akan menjema sedikit masa
lagi. Issue yang di bangkitkan lebih teruk daripada semasa Pilihanraya 1969.
Ketika itu issue agama tidak timbul, cuma issue “bangsa” yang di pertikaikan
oleh bangsa Cina. Sekarang Cina telah berganding bahu dengan Melayu PAS, Melayu
PKR dan sedikit Melayu DAP memperalatkan issue agama dan bangsa terhadap
Kerajaan BN yang mana peneraju utama nya ada lah Melayu Islam.
Trend
sedemikian sangat merbahaya kepada selurat rakyat Malaysia sejagat. Melayu
sangat sensitif terhadap agama dan bangsa nya. Sekarang, Melayu bukan sahaja
berhadapan dengan Cina dan India tetapi berhadapan dengan Petualang
Petualang Melayu yang tamak haloba untuk
mengejar kuasa. Hingga sampai kepada tehap dan situasi dimana orang Melayu
sendiri berteras kan agama Islam mendoakan kehancuran bangsa Melayu nya sendiri
yang juga beragama Islam. Dari segi akidah, saya pasti perbuatan ini
bertentangan dengan agama Islam yang di anuti. Hajat mereka hanya Putrajaya
yang mana satu ketika dahulu ada lah pembaziran dan perlu di lelong.
Tahun 1969
pertembungan di antara Melayu dan Cina amat ketara sekali hingga ada nyawa yang
tidak berdosa terkorban bergelempangan. Melayu di maki hamun, dicerca dan di
tunjuk isyarat lucah. Mageran terpaksa di tubuhkan. Kerajaan Malaysia ketika
itu mengambil masa bertahun tahun untuk mengembalikan perpaduan di antara Cina
dan Melayu. Teras kemakmuran Negara ada lah perpaduan antara kaum di mana Melayu
telah banyak bertolak ansur. Detik detik berulang nya tragedi 1969 pasti akan
berulang jika issue agama dan bangsa terus menjadi tajuk utama propaganda
kempen Pilihanraya pehak Pembangkang.
Rakyat
Malaysia pada tahun 1969, yang berusia 12 tahun kebawah tidak akan mengerti apa
itu Tragedi Berdarah May 13, 1969. Saya ketika itu berusia 24 tahun dan menjadi
mangsa “Hari Jahanam” itu. Aktiviti harian terjejas kerana di curfewkan dan
prasangka saya terhahap bangsa lain terutama banga Cina amat menebal. Perasaan
sedemikian dalam masa terdekat ini nampak nya kian kembali dengan tindak tanduk
dan perkataan yang dilontarkan oleh Politikus Cina. Mereka telah mengabaikan
sensitivity Melayu saperti mencabar, apa Melayu boleh buat?
Pada hari
ini, tiga puluh empat (34) tahun telah berlalu, perpaduan antara kaum sudah
kelihatan pulih tetapi dengan apa yang berlaku semenjak Pilihanraya 2008 dan menghadapi
Pilihanraya 2013 yang akan datang nanti, keadaan nampak genting, tambahan ISA
telah dihapuskan. Kebebasan bersuara banyak di salahgunakan. Mulut mulut sudah
banyak celupar, baik Cina, Melayu dan India dari puak Pembangkang. Kebebasan
berkumpul di manipolasi sebagai rapat politik. Fitnah menjadi menjadi, sumpah
sana dan sumpah sini, akuan bersumpah menjadi alat untuk memperkuatkan fakta
atau pun fitnah. Masjid juga digunakan sebagai medan untuk memaki hamun
Kerajaan oleh Ustaz Ustaz yang berwarna Hijau berlambangkan Bulan. Saman sana,
saman sini hinggakan Mahkamah tidak ada masa untuk mengadili penjenayah tegar.
Kebelakangan
ini saya lihat, ada segulungan Cina sudah melampaui batas. Kalimah suci Allah
mahu di pergunakan dalam Kitab Injil berbahasa Melayu. Penerangan demi penerang
di beri dari segi ilmiah dan logic tetapi mereka tetap berdegil hingga ke Mahkamah.
Perkara sebegini tidak pernah berlaku sebelum 2008. Malang nya, ada segulungan
Melayu yang beragama Islam menyokong mereka demi politik sempit, tidak
menghiraukan akidah. Putrajaya punya pasal.
Manifesto Pakatan
Rakyat untuk menarik pengundi kepada mereka, telah pun diistihar. Apa kah
mereka akan menunaikan apa yang termaktub dalam Manifesto mereka ini andai nya
mereka berjaya ka Putrajaya? Menteri Besar Selangor pernah berkata, “Manifesto
bukan janji”. Jadi nya, Manifesto menjadi Manifestipu? Gitu?
Selangor
sebagai contoh yang amat ketara dimana jika rakyat memilih Pakatan Rakyat lagi,
Selangor akan terus merudum dan punah. Selama lima (5) tahun semenjak mereka
memerintah di bawah ini lah apa yang orang Selangor telah alami.
1. ISU PASIR
- Kerajaan PKR
Selangor gagal menunaikan janji untuk mengutip hasil pasir negeri bernilai
RM150 juta tahun 2009.
* Janji sasaran
kutipan RM150 juta hasil pasir ini jelas disebutkan dalam ucapan Bajet 2009
Menteri Besar.
* Namun ketika
bentang Bajet 2010 pada November 2009, Abdul Khalid menyatakan sehingga 21
Oktober 2009, hasil daripada royalti pasir yang diperoleh hanya RM4,678,021.84.
* Ini hanya 3% sahaja
dari jumlah sasaran. Ia tersasar jauh, bagai langit dengan bumi.
2. ISU HUTANG TALAM
- Kerajaan Selangor
tidak beretika kerana 'membeli' hutang daripada syarikat korporat Talam
Corporation menggunakan wang kerajaan/duit rakyat.
* Dewan Undangan
Negeri telah meluluskan bajet tambahan berjumlah RM392 juta untuk membeli
hutang Talam Corp.
* Secara prinsipnya
adalah tidak bermoral dan tidak beretika menggunakan duit kerajaan/'duit
rakyat' untuk membeli mengambil alih hutang sebuah Syarikat swasta.
* Strategi
pengambialihan hutang ini menggunakan kaedah round-tripping iaitu
"syarikat menjual aset yang tidak digunakan kepada syarikat lain dan pada
masa sama setuju untuk membeli kembali asset yang sama atau yang bersamaan
nilainya pada harga yang sama"
* Memetik kata-kata
mantan Setiausaha Agung PKR, Datuk Salahuddin Hashim yang mengkritik pembelian mekanisme
round-tripping ini sebagai: "Ini adalah muslihat lama yang digunakan oleh
penyangak penyangak di dalam sektor korporat".
3. YAYASAN BASMI
KEMISKINAN (YBK)
- Kerajaan negeri
berdendam, berniat jahat, zalim dan menindas organisasi Yayasan Basmi Kemiskinan
(YBK) yang berjuang membasmi kemiskinan di Selangor.
* Abdul Khalid
menggugut untuk tidak meluluskan Pembangunan Kampus Cawangan UiTM di Serendah
jika permintaan melantik Menteri Besar sebagai Pengerusi dan memberi tiga
kerusi Lembaga Pemegang Amanah tidak dipenuhi.
* Akibat penolakan
itu, Menteri Besar menyalahgunakan kuasa dengan merampas asset tanah YBK dan
memulangkan bayaran tunggakan cukai RM 5.7 juta walaupun telah dilunaskan oleh
Yayasan Melaka dengan persetujuan Bendahari Negeri Selangor sebelumnya.
* Tindakan ini nyata
luar biasa, zalim dan tiada berbudi bicara kerana Akta Kanun Tanah Negara
membenarkan 4 pihak termasuk bukan pemilik tanah untuk membayar apa-apa cukai
bagi pihak pemilik tanah.
* Keseluruhan jumlah
cukai dipulangkan RM 6.9 juta (RM 5.7 juta + RM 1.2 juta) RM 1.2 juta adalah
cukai yang telah dibayar dan diterima oleh kerajaan negeri sebelum ini.
* Ini adalah salah
guna kuasa dan menyalahi amanah kerana sebagai sebuah kerajaan. Mengutip cukai
adalah tanggungjawab dan cukai yang telah dikutip adalah wang rakyat. Kenapa ia
dipulangkan sedangkan ia boleh digunakan untuk manafaat rakyat.
4. ISU AGAMA
i) Penggunaan Dana
Islam Untuk Pembangunan.
* Abdul Khalid ada
mengusulkan agar wang zakat atau tabung seumpama Baitulmal digunakan bagi
tujuan pentadbiran dan pembangunan negeri kerana kerajaan kekurangan dana.
* Kata beliau di
persidangan DUN: "Semua rakyat Selangor membayar cukai …membayar zakat
baitulmal perniagaan. Yang dikhaskan dalam satu baitulmal. Satu baitulmal…yang mana
dimasuk…. Dan duit tu..akan 100% diamanahkan untuk pembangunan..negeri
Selangor."
* Dalam konteks zaman
kegemilangan Islam dahulu, dana baitulmal memang digunakan untuk pelbagai
tujuan pentadbiran dan pembangunan di mana bukan Islam turut membayar dalam
bentuk cukai kepala.
* Tetapi Baitulmal
dalam konteks sekarang adalah dana umat Islam sahaja.
* Masjid di jadikan Gelanggang untuk berpolitik, memaki hamun Kerajaan.
*Penceramah tidak bertauliah di benarkan menyampaikan ceramah ugama di Masjid Masjid seluruh Selangor.
*Jawatankuasa yang dilantik oleh anak kariah
di ketepikan dan PR memilih kuncu kuncu mereka sendiri dari PAS atau
PKR.
* Membenarkan Kafir Kafir Laknatullah
baik lelaki atau perempuan (ADUN DAP &
PKR) memberi tazkirah atau ceramah politik di dalam Masjid. Berdiri di tempat
umat Islam sujud kepada Allah swt. Astrafillah hal azim!!!!
ii) Duit Zakat Untuk
Bukan Islam?
* Dalam persidangan
DUN 2008, Dr. Mohd Nasir Hashim, wakil Kota Damansara ada mengusulkan agar wang
zakat diagih kepada orang bukan Islam. Katanya - "Kita dapat banyak duit
zakat. Adakah peruntukan untuk memberi mereka yang bukan Islam, yang miskin
kerana mereka juga adalah makhluk Allah juga. Kerana kalau duit banyak tu kita
share sikitlah".
* Ini menunjukkan
ketidakfahaman seorang pemimpin Melayu beragama Islam yang seharusnya tahu wang
zakat hanya untuk orang Islam dalam lingkungan asnaf yang lapan. Ini ada lah
satu kejahilan.
5. ISU EKONOMI
/KEWANGAN
a. Pakej Rangsangan
Ekonomi Negeri Tidak Realistik
* Kerajaan negeri
mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi Negeri meliputi lima (5) projek dengan
jangkaan perbelanjaan melebihi RM50 bilion melalui inisiatif pembiayaan swasta
* Jumlah pelaburan
itu tinggal anggaran dan lima (5) inisiatif tersebut tinggal perancangan tanpa
ada kepastian bagaimana kerajaan negeri hendak mencapainya kerana sehingga kini
tidak ada sebarang angka yang pasti berapa jumlah wang yang sudah dapat.
b. Kerajaan negeri
wujudkan Monopoli Dalam Industri Pasir
* Pewujudan syarikat
tunggal Kumpulan Semesta Sdn. Bhd. (KSSB) menguruskan pasir dari tanah-tanah
kerajaan menjadi KSSB tidak kompetitif, tidak telus dan tidak bertanggungjawab.
* KSSB tidak takut
hilang perniagaan kerana mereka tidak mempunyai pesaing dalam industri ini.
* Lebih memburukkan,
KSSB turut mengawal kutipan doket pasir yang dahulu dibuat oleh pejabat tanah
daerah. Pihak swasta telah ambil alih peranan kerajaan. Ini lebih mendedahkan
pada amalan rasuah dan penyelewengan
c. 'Industri Babi'
Hadiah Pertama Untuk Rakyat Selangor yang memakan Babi.
* Baharu sahaja
berkuasa, kerajaan PKR Selangor melalui Teresa Kok mengumumkan kelulusan
pembinaan kandang babi moden dengan bajet RM100 juta.
* Ia menjadi hadiah pertama mereka untuk
rakyat.
6. ISU SAMPAH
1. Bukti jelas
kerajaan pakatan Selangor gagal mengurus negeri dengan baik. Mereka menamatkan
khidmat Alam Flora dan menyerahkan kepada PBT kononnya bagi menjimatkan kos.
Namun, hakikatnya yang berlaku hari ini Selangor menjadi negeri 'Darul Sampah'.
2. Perlu diingat
bahawa pembersihan dan sisa pepejal menerima peruntukan daripada Kerajaan
Pusat. PBT dan Kerajaan negeri Selangor menerima peruntukan melebihi RM 500
juta setiap tahun. Jumlah tersebut cukup banyak dan peluang pakatan pembangkang
untuk menukar peruntukan tersebut sebagai dana pilihan raya dan aktiviti
Pakatan di Selangor sangat besar.
3. Sampah tidak di
kutip dengan teratur penyebab utama longkang menjadi sumbat dan akhir nya
banjir melanda.
7. ISU PERIBADI
* Exco Selangor Tidak
Bermoral?
* Selangor gempar
dengan penyebaran gambar-gambar lucah melibatkan EXCO Selangor, Elizabeth Wong
di internet.
• Walaup telah
menghantar surat untuk meletak jawatan sebagai ADUN dan EXCO Selangor sebagai
tanda orang bersalah, namun diminta oleh parti agar berehat dan berfikir
kembali. Alasannya - hak dan ruang peribadi beliau telah dicerobohi.
• Akhirnya beliau
kembali bertugas atas sokongan rakan. Nampaknya persoalan moral dipinggirkan
oleh mereka di mana kuasa mengatasi segala-galanya.
* Menteri Besar Selangor
marah kerana kalah di Mahkamah berkenaan AES di pasang di jalan Perseketuan,
semua projek projek Perseketuan di arah berhenti. Siapa yang menjadi mangsa?
Bukan kah rakyat negeri Selangor sendiri?
8. ISU RUMAH URUT DAN
HIBURAN
Pusat Hiburan Semakin
Bertambah
* Dr. Halimah Ali
(Pas), Exco Pendidikan Selangor pernah menggelarkan Selangor sewaktu
pemerintahan Barisan Nasional sebagai Darul Maksiat dan Darul Mungkar kerana
masalah sosial dengan merujuk pada data masalah sosial.
* Tetapi kini
mengikut Majlis Keselamatan Negara (MKN) terdapat 5,911 (2009) tempat judi,
hiburan dan spa termasuk yang beroperasi secara haram sejak Kerajaan PKR
Selangor memerintah. Tahun 2008 berjumlah 3,600 lebih.
* Sedangkan sewaktu
BN - lesen pusat hiburan, judi dan spa dihadkan kepada 700 sahaja.
9. Isu Manifesto.
* Anak Pak Berahim
cakap Manifesto bukan Janji.
Nota:
Pada kali ini, saya
tidak akan tertipu lagi. Ya….lima (5) tahun dahulu saya memberi undi kepada PR
kerana Pak Lah selalu tidor dan Dato Zek membina Istana di perkarang rumah
rumah murah orang Melayu. Kali ini saya kenal pula siapa Tan Sri Khalid Ibrahim
semenjak beliau menjijak kaki pada hari pertama di Wisma Guthrie tanggal 01 Julai
1994 sebagai CEO. Kecoh satu Guthrie sedunia!! Tugas kami di Jabatan Pemasaran
& Pengedaran ada lah membaca surat khabar tiap tiap pagi sebelum
meneruskankan tugas harian. Tujuan - untuk mengetahuai apa yang berlaku di sekitar
dunia dan di dalam negeri. Ada implikasi nya terhadap tugas kami di Jabatan
Pemasaran & Pengedaran. Pada Dato Khalid (masa tu, masih Dato) ia nya satu
kesalahan besar. Dia cuba tunjuk, I am Sivaji the Boss. Natijah nya, beliau
tidak memahami apa tugas anak buah di bawah jagaan nya.
Khalid Ibrahim membuat
lawatan mengejut ke Kilang Getah. Kilang Getah tak mungkin boleh menjadi Kilang
Eletronik dari segi keberisihan. Susu getah yang tertumpah tidak di bersihkan
dengan curahan air. Susu itu di biar kering, di sodok dan boleh di kitar semula
menjadi SMR. Kalau di cuci dengan air, terus ke longkang dan hilang begitu
sahaja. Di saran nya supaya “sack” the Pengurus Kilang, nasib baik lah Pengarah dapat menerangkan
kepada beliau prosess flow of a Rubber Factory. Mengedalikan Kilang Getah tidak
saperti mengurus saham saham di bawah PNB.
Saya tidak hairan
harta PKNS, Yayasan Selangor dan YBK di pindah milekkan atau pun di hakmilek.
Banyak tanah Guthrie sudah di miliki oleh Cina, Botanic, Bukit Tinggi dan ICT.
Berapa kerat orang Melayu mampu membeli rumah di Botanic dan di Bukit Tinggi???
Guthrie Express Highway di bina hanya untuk perancangan membagunkan Estate
Estate Guthrie di kiri kanan Highway berkenaan kepada pembagunan Housing Estate
atau pun Estate Industri berat. Ia nya tidak kesampaian mentelah pula Guthrie
di makan oleh Sime Darby.
Insyaalah…..demi
Agama, Bangsa dan Negara, kali ini undi saya ada lah pada Barisan Nasional.
Biar berputih tulang, jangan berputih mata, demi tanah air yang tercinta untuk
warisan anak cucu. Kemakmuran yang saya kecapi pada hari ini ada lah hasil
titik peluh datok nenek saya yang terdahulu. Hidup saya tidak lah sesenang
setengah orang yang mendapat saham, pink form dan AP terpijak atau pun ehsan
dari Kerajaan.
Saya tetap tahu
bersyukur dan berpegang teguh tanpa berganjak seinci pun pada Surah al Ikhlas,
“Allah tidak beranak dan tidak di beranakkan”. Kalau saya boleh faham, mengapa
mereka yang konon nya berpartikan Islam tidak faham? Kata lah saya “lembu” atau
“haiwan” sekali pun kerana saya penerima BR1M, saya tak marah, tetapi konon nya Ulamak tertentu akan berdepan
dengan saya di Padang Mahsyar nanti.
HIDUP BARISAN
NASIONAL!!!
No comments:
Post a Comment