Friday, August 23, 2013

Tenggelam nya Kapal Van der Wijck.

Sebuah Novel Cinta nukilan Bapak Hamka (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) pada tahun 1938. Pernah membaca Novel ini pada awal tahun 60an semasa diMenengah Rendah. Jalan cerita nya sudah lesap dari ingatan kerana sudah setengah abad berlalu. Dewasa ini baru lah saya mengerti,  menghayati kesusteraan dan cara bahasa penyampaian Penulis.

Dalam lawatan pertama saya menjijak kaki ke Sumatra Barat sehari selepas rakyaat Malaysia dan saya sendiri menentukan Kerajaan Malaysia. Saya ternampak Novel ini terbitan 2002 jualan di pinggir Istana Gadang, Batusangkar. Saya perolehi sebagai satu tanda kenangan manis dari tanah adat Minangkabau. Cerita novel ini pula berkisar diDaerah Daerah Minangkabau yang saya sasari melaluai mobil melintasi Daerah adat yang tak basah di hujan dan tak lekang di panas. Tempat tempat tercitra membuat pembacaan semula Novel ini memberi lebih kefahaman dan kesan yang lebih mendalam.Gunung ganang pemasak bumi diselimuti awan, sawah menguning terbontang, kali yang mengalir jornih, danau yang beralun dan lombu dan kambiang mencari pucuk menghijau terbentang dimata saya mengembalikan nostalgik kepada era penulisan Novel ini.

Desa yang permai.

Danau yang beralun dan gunung diselimuti awan.

Sawah terbentang.

Sungai mengalir jernih.

Rumah Adat.
Tahun 1938 planet dunia masih aman, belum ada persengketaan dan Peperangan ada lah alien tidak ada dalam kamus Manusia. Di Daerah ini, adat mencengkam dan menyatukan manusia antara manusia. Hanya persengketaan keluarga di sana sini kadang kala berlaku, itu pun kerana adat dan harto pusako. Keris dan kerambit menentukan keputusan.  
  
Tenggelam nya Kapal Van der wijck - satu Novel yang sepatut nya di baca oleh semua pencinta sastera atau pun pengemar “Novel Cinta” kerana bahasa nukilan yang amat halus, tersusun indah bermadah dan berkiasan.

Cerita mengisahkan percintaan antara teruna (Zainuddin) dan dara (Hayati) dikongkong oleh adat resam yang tidak kesampaian kejinjang pelamin. Pengakhiran nukilan, Hayati yang sudah menjadi janda terkorban dengan musibah tenggelam nya kapal Van Der Wijck dan Zainuddin yang menjadi Penulis tersohor serta terkenal dewasa itu, masih membujang menyusul kerana penderitaan beragan kekesalan melepaskan Hayati berlayar pulang ke Padang. Kedua dua nya disemadikan pusara bersebelahan diSurabaya.

Sesungguh nya cinta yang suci itu akan terus mekar di dalam hati hingga ke hujung nyawa begitu lah jua cinta antara Zainuddin dan Hayati.

Kerana adat yang tebal ditanah Minangkabau, hajat Zainuddin menyunting Hayati tidak kesampaian kerana ibu Zainuddin berasal dari Makasar dan ayah nya telah diusir dari tanah Minangkabau akibat sengketa keluarga harta pusaka.

As expressed in English:
Zainuddin is an orphan. His Minang father died in exile after killing a relative over inheritance; his non-Minang mother has also died. He is now living with his father's friend Mak Base in Batipuh, Sumatra. As a person of mixed descent, he faces much discrimination from Minang conservatives. Although he loves Hayati, the daughter of local nobleman, he is not allowed to be with her. He decides to move to Padang Panjang, although he continues to write to Hayati.
One day, Hayati goes to Padang Panjang to see Zainuddin and stays with her friend Khadijah. However, Khadijah's elder brother Aziz falls in love with Hayati, leading to Zainuddin and Aziz to compete for Hayati's affections. Aziz, who is of purely Minang descent and a noble background, is favoured by her family; they look down on Zainuddin, who is poor and of mixed heritage. Although Zainuddin receives a sizeable inheritance from Mak Base, he is too late to inform Hayati's family, and Aziz marries her.
In despair, Zainuddin and his friend Muluk go to Java, first to Batavia and then to Surabaya, where Zainuddin becomes known as a writer and philanthropist. Aziz and Hayati also move to Surabaya, after Aziz is transferred. However, their relationship has soured and Aziz's temper leads to him being fired, leaving the couple homeless. After a period living with Zainuddin, Aziz runs away to Banyuwangi, leaving Hayati for Zainuddin; in a letter, Aziz writes that Zainuddin is more deserving.
Zainuddin, who has suffered from his longing for Hayati, spurns her and tells her to return to Sumatra. The next day she boards the Van der Wijck, which sinks off the coast of northern Java. Hearing the news, Zainuddin and Muluk rush to Tuban to search for her. They find her in a hospital, where Zainuddin and Hayati make up; she then dies in his arms. Zainuddin's health worsens not long afterwards. After he dies, he is buried next to Hayati.

Salah satu babak dalam Novel tersebut:
“Bahawa jiwaku telah diisi sepenuh penuh nya oleh cinta kepada mu. Cintaku kepada mu telah memenuhi hatiku, telah terjadi sebagai nyawa dan badan ada nya. Dan selalu nya berkata, biar Tuhan mendengarkan, bahawa engkau lah yang akan jadi suamiku kelak , jika tidak sampai didunia, biarlah diakhirat. Dan saya tiadakan khianat kepada janjiku, tidak akan berdusta dihadapan Tuhan, dan dihadapan arwah, nenek moyangku” ujar Hayati.
“Berat sekali sumpahmu Hayati!”
“Tidak berat, demekianlah yang sebenar nya, dan jika engkau, kekasihku, berjalan jauh atau dekat sekalipun, entah tidak kembali dalam masa setahun, masa dua tahun, masa sepuluh tahun, entah hitam neneri Batipuh ini baru engkau kembali kemari, namun saya tetap menunggu mu. Cari lah bahagia dan keberuntungan kita kemana jua pun, namun saya tetap untukmu. Jika kita bertemu pula, saya akan tetap bersih dan suci, untukmu, kekasihku, untukmu.......
TETAPI......kerana dikongkong oleh adat dan harta, Hayati telah memungkiri janji.

Lawati lah Padang, Sumatera Barat Indonesia dan Daerah Daerah sekitar nya disusuli ruangan sedikit masa dengan membaca Novel ini, pasti anda akan menerima kesan yang amat mendalam, menyentuh hati dan mengkagumi Pendita Agong, Bapak Hamka (1908 – 1981).

Alfatihah……untuk Sasterawan Nusantara yang ulung saya kenali.  

No comments: