Untuk renungan bersama.
|
Bagunan Tabung Haji. |
Datuk Seri
Abdul Azeez Rahim,
Assalamualaikum
Warahmatullahih Wabarakatuh,
Saya
mengutus surat terbuka ini kerana saya terlalu jauh dari tanah air, jika dekat
saya akan beri sendiri dengan tangan.
Soalan
pertama, kenapa hendak jual aset Tabung Haji (TH) dengan begitu mudah dan
murah? Hanya dengan sedikit spin dari segelintir pihak yang
tidak pun tahu backround bisnes TH, hanya dengan seminggu dua
serangan siber, hanya dengan satu tweet, Datuk Seri terus mengalah dan
mengambil keputusan menjual aset TH di TRX dengan keuntungan yang sedikit?
TH adalah
agenda umat Islam, bukan agenda politik. Berjuta umat Islam di luar sana
bergantung harap kepada TH untuk menunaikan ibadah Haji. Mereka mengharapkan
agar kerajaan sentiasa dapat menampung subsidi mereka menunaikan ibadah Haji.
Di sini saya melihat umat Islam terpaksa menyediakan wang sendiri serendah
USD9,100 (RM33,215) hingga USD10,600 (RM38,690) untuk menunaikan Haji. (kiraan
1USD=RM3.65) . Di Malaysia, bakal haji hanya perlu sediakan RM9,900 sahaja kerana
selebihnya ditanggung oleh TH.
Sebab
itulah TH memiliki 11 anak syarikat dalam pelbagai sektor perladangan,
perhotelan, hartanah, industri makanan, perbankan dan sebagainya supaya menjana
keuntungan. Keuntungan itu pula dikembalikan semula kepada para jemaah Haji.
Sepatutnya
TH mempertahan agenda itu. Jika Datuk Seri tidak dapat mempertahankan agenda
itu, terikut-ikut pula dengan sedikit spin dari Rafizi and the geng,
maka yang rugi adalah umat Islam sendiri. Rafizi memang tugasnya untuk
memperlekeh semua agenda kerajaan. Siapa dia Mat Sabu dan Mahfuz Omar hendak
bercakap pelaburan TH? Adakah mereka mengetahui managementdan
bisnes TH?
Adakah
Rafizi, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan lain-lain akan mendedahkan wrong
doing dalam bisnes pasir, isu dalaman Yayasan Selagor serta projek
Datum Jalatek di Selangor? Sudah tentu tidak, mereka lebih rela berdiam diri
kerana tugas mereka adalah menyerang, menjatuhkan dan memusnahkan apa jua dasar
kerajaan. Tidak mungkin Mat Sabu akan mendedahkan penyelwengan di dalam projek
terowong bawah laut di Pulau Pinang! Itu pun masih tidak fahamkah?
Saya
diberitahu, tanah di TRX itu sudah pun dimajukan sejak 2013 lagi dan TH baru
sahaja membelinya pada tahun 2015. Dalam tempoh 2 tahun itu, pelbagai kerja
tanah telah dilakukan oleh pihak 1MDB termasuklah urusan cukai tanah, design,
insfrastruktur dan sebagainya. TH membeli tanah yang sudah diproses dengan
nilai pakej yang menguntungkan. Saya fikir jika 1MDB menjual kepada Kumpulan
Darul Ehsan Bhd. sudah pasti tidak dengan harga RM188.5juta, barangkali lebih
mahal.
Logiknya,
nilai tanah pada tahun 2013 yang masih kosong itu sudah tentulah akan meningkat
naik semasa dibeli pada tahun 2015 kerana kerja-kerja telah hampir siap
sepenuhnya. Ianya sudah bertukar menjadi aset hartanah yang bernilai
tinggi.
TH hanya
membelinya pada tahun 2015 ketika ianya sudah bernilai tinggi dan dipaksa
menjualnya semula pada tahun yang sama gara-gara spin buta. Cuba bayangkan
berapa keuntungan TH akan perolehi jika dijual pada tahun 2018 apabila fasa 1
pembangunan TRX sudah siap.
Hartanah
itu sangat-sangat menguntungkan juga kerana menghubungkan lebuh raya utama
seperti MEX, SMART dan DUKE yang saling bersambungan. Malahan
terdapat pejalan kaki berbumbung ke Bukit Bintang dan KLCC.
Jangan
Ulangi Jual Bangunan MAS
Pada
hujung minggu yang lalu, saya telah bersembang dengan pelajar kita yang belajar
di Wharton School, University Pennsylvania. Kami berbincang isu-isu
semasa di tanah air. Seorang pelajar berkata, jika TH menjual semula tanah itu
hanya kerana putar belit pembangkang, katanya ia satu kebodohan of the
year.
Katanya lagi, jika TH benar-benar memerlukan wang, jika TH amat
terdesak dan memerlukan wang, maka baharulah masuk akal jika dijual dalam
tempoh yang singkat. Katanya lagi, sudahlah aset TH melebihi RM50 Billion
sekarang, apalah sangat nilai pembelian tanah itu (RM188.5juta) jika keuntungan
berlipatkali ganda pada 2018 nanti.
Katanya lagi, jangan ulangi kesilapan menjual bangunan MAS ! Mereka
berkata, tiada salah dan dosa TH membeli tanah itu untuk pelaburan jangka
panjang.
DS Abdul Azeez Rahim Ada 2 Pilihan
Jika TH meneruskan juga niat untuk menjual aset tanah itu, maka
jelaslah bahawa terdapat pengkhianat di dalam TH. Barangkali, mereka
bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan TH supaya TH
menjual semula aset tanah itu tergesa-gesa dengan harga yang mampu
dibeli.
Adakah ada jaminan pembeli itu tidak akan menjualnya semula pada
tahun 2018 dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda lagi?
Kepada DS Azeez Rahim, anda dua pilihan. Jika anda berjaya
mempertahan aset TH itu daripada dijual maka anda boleh kekal mempengerusikan
TH sehinggalah Perdana Menteri menemui pengganti yang lebih profesional.
Pilihan kedua, jika anda meneruskan juga niat menjual aset tanah TH
itu, saya mencadangkan anda meletak jawatan serta-merta kerana anda gagal
mempertahankan agenda umat Islam di TH.
Salam hormat,
Al-Azharri Siddiq,
Pennyslavania, USA.
Mei, 26, 2015.
ISU Tabung Haji Properties (THP) Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak
syarikat kumpulan Tabung Haji melabur ke atas lot tanah Tun Razak Exchange
(TRX) di kawasan segitiga emas di Kuala Lumpur telah menjadi isu yang besar
khususnya di hari-hari terakhir PRK Permatang Pauh.
Bermacam-macam tuduhan dibuat kononnya wang pendeposit Tabung Haji
digunakan.
1. Jika kita memeriksa (update) buku Tabung Haji sekarang,
adakah wang simpanan kita berkurangan? Jika tidak berkurangan, maka benarkah
wang simpanan kita telah digunakan?
Nota:
Sehingga artikel ini ditulis belum ada pendeposit Tabung Haji
membuat laporan polis mengenai kehilangan wang simpanan mereka di dalam Tabung
Haji.
2. Adakah Tabung Haji gagal menguruskan jemaah haji pada tahun ini
disebabkan kekurangan wang?
3. Adakah Tabung Haji gagal membayar apa-apa kos jemaah haji
seperti penginapan, makanan, pengangkutan, dan lain-lain bayaran menunaikan
haji di Mekkah dan Madinah?
3. Adakah Tabung Haji gagal memberikan dividen keuntungan daripada
pelaburan Tabung Haji dalam 11 bidang pelaburannya?
4. Apakah beza Tabung Haji membeli ladang sawit di Sumatera dengan
membeli lot tanah di TRX? atau apakah beza Tabung Haji membeli hartanah di Kota
Kinabalu dengan membeli lot tanah di TRX?
Mari kita senaraikan bidang pelaburan kumpulan Tabung Haji melalui
anak syarikatnya:-
1. BIMB Holding Sdn. Bhd.
2. TH Propertes Sdn. Bhd.
3. TH Alam Holdings (L) Inc.
4. TH Plantations Sdn. Bhd.
5. TH Hotels and Residence Sdn. Bhd.
6. LTH Property Investment (L) Inc.
7. Theta Edge Berhad
8. TH Marine Sdn. Bhd.
9. LTH Property Holdings 2 Limited
10. THC International Sdn Bhd
11. TH Estates (Holdings) Sdn Bhd
Rakyat perlu diberitahu bahawa rupa-rupanya Tabung Haji memiliki 11 anak
syarikat pelaburan di mana keuntungannya sudah pasti disalurkan kepada
pendeposit Tabung Haji melalui pembayaran dividen dan bayaran tambahan untuk
menunaikan ibadah haji.
Kesimpulan
1. Oleh kerana Tabung Haji Properties terpaksa tunduk kepadaspin pihak
pembangkang dan orang lain, saya ingin mencadangkan agar Tabung Haji Properties
menjual tanah itu semula kepada dua orang. Saya tidak bersetuju jika ianya
dijual semula kepada orang bukan Melayu.
Pertama adalah kepada Tun Daim Zainuddin, mantan Menteri Kewangan
Malaysia. Beliau adalah seorang ahli bisnes yang berjaya dalam bidang perumahan
dan harta tanah.Beliau layak membeli lot tanah itu. Lagipun beliau mantan
Menteri Kewangan, orang kepercayaan Tun Dr. Mahathir, seorang Melayu dan
Muslim.Saya juga percaya, Tun Daim tidak perlu meminjam wang untuk membeli lot
tanah tersebut.
Jika Tabung Haji Properties menjual kepada Tun Daim, saya juga
yakin kritikan Tun Dr. Mahathir akan terberhenti.
Walaupun pada mulanya saya terfikir nama-nama lain seperti Tan Sri
Syed Mokhtar Al Bukhary dan Tan Sri Azman Hashim. Tetapi saya berfikiran, Tun
Daim orang yang paling layak membelinya atas kapasiti 'keyakinan kepada diri'
yang tinggi.
Barangkali Tun Daim pernah berhajat memohon untuk melabur di
kawasan tersebut tetapi tidak kesampaian, maka inilah masanya kerajaan memberi
peluang kepada beliau sekali lagi. Kerajaan perlu mengingati jasa-jasa beliau
yang terdahulu.
2. Kedua, jika Tabung Haji Properties tidak hendak menjual lot
tanah pelaburan itu kepada Tun Daim atas alasan lain, bagaimana jika Tabung
Haji Properties menjualkannya kepada saya pula. Sudah tentu saya memerlukan
sokongan kerajaan dan pinjaman bank untuk membeli tanah tersebut. Adakah
kerajaan tidak boleh membantu saya? Sudah lama kerajaan tidak mencipta jutawan
Melayu melalui dasar DEB sebagaimana suatu masa dahulu?
Anggaplah cadangan ini adalah serius. Saya tidak menyindir
sesiapa.
Saya pun mahu mencuba bidang baharu dalam hidup saya, yakni bidang
perniagaan harta tanah. Saya pernah mencubanya dengan membeli sebuah rumah di
ibu kota Kuala Lumpur dan menjualnya semula dalam tempoh tertentu, nampaknya
keuntungannya sangat lumayan.
Saya berharap Tabung Haji Properties mempertimbangkan cadangan ini.
Terima kasih.
Nota:
Saya dan isteri telah menunaikan ibadah Haji pada tahun 1999 Masehi melaluai Tabung Haji dan pakej yang saya sertai menginap di Hilton Tower di Mekah dan Hotel Andalus di Medina.