Wednesday, May 27, 2015

Tabung Haji and 1MDB.

Untuk renungan bersama.

Bagunan Tabung Haji.


Datuk Seri Abdul Azeez Rahim,


Assalamualaikum Warahmatullahih Wabarakatuh,

Saya mengutus surat terbuka ini kerana saya terlalu jauh dari tanah air, jika dekat saya akan beri sendiri dengan tangan.

Soalan pertama, kenapa hendak jual aset Tabung Haji (TH) dengan begitu mudah dan murah? Hanya dengan sedikit spin dari segelintir pihak yang tidak pun tahu backround bisnes TH, hanya dengan seminggu dua serangan siber, hanya dengan satu tweet, Datuk Seri terus mengalah dan mengambil keputusan menjual aset TH di TRX dengan keuntungan yang sedikit?

TH adalah agenda umat Islam, bukan agenda politik. Berjuta umat Islam di luar sana bergantung harap kepada TH untuk menunaikan ibadah Haji. Mereka mengharapkan agar kerajaan sentiasa dapat menampung subsidi mereka menunaikan ibadah Haji. Di sini saya melihat umat Islam terpaksa menyediakan wang sendiri serendah USD9,100 (RM33,215) hingga USD10,600 (RM38,690) untuk menunaikan Haji. (kiraan 1USD=RM3.65) . Di Malaysia, bakal haji hanya perlu sediakan RM9,900 sahaja kerana selebihnya ditanggung oleh TH.

Sebab itulah TH memiliki 11 anak syarikat dalam pelbagai sektor perladangan, perhotelan, hartanah, industri makanan, perbankan dan sebagainya supaya menjana keuntungan. Keuntungan itu pula dikembalikan semula kepada para jemaah Haji.

Sepatutnya TH mempertahan agenda itu. Jika Datuk Seri tidak dapat mempertahankan agenda itu, terikut-ikut pula dengan sedikit spin dari Rafizi and the geng, maka yang rugi adalah umat Islam sendiri. Rafizi memang tugasnya untuk memperlekeh semua agenda kerajaan. Siapa dia Mat Sabu dan Mahfuz Omar hendak bercakap pelaburan TH? Adakah mereka mengetahui managementdan bisnes TH? 

Adakah Rafizi, Mat Sabu, Mahfuz Omar dan lain-lain akan mendedahkan wrong doing dalam bisnes pasir, isu dalaman Yayasan Selagor serta projek Datum Jalatek di Selangor? Sudah tentu tidak, mereka lebih rela berdiam diri kerana tugas mereka adalah menyerang, menjatuhkan dan memusnahkan apa jua dasar kerajaan. Tidak mungkin Mat Sabu akan mendedahkan penyelwengan di dalam projek terowong bawah laut di Pulau Pinang! Itu pun masih tidak fahamkah?

Saya diberitahu, tanah di TRX itu sudah pun dimajukan sejak 2013 lagi dan TH baru sahaja membelinya pada tahun 2015. Dalam tempoh 2 tahun itu, pelbagai kerja tanah telah dilakukan oleh pihak 1MDB termasuklah urusan cukai tanah, design, insfrastruktur dan sebagainya. TH membeli tanah yang sudah diproses dengan nilai pakej yang menguntungkan. Saya fikir jika 1MDB menjual kepada Kumpulan Darul Ehsan Bhd. sudah pasti tidak dengan harga RM188.5juta, barangkali lebih mahal.

Logiknya, nilai tanah pada tahun 2013 yang masih kosong itu sudah tentulah akan meningkat naik semasa dibeli pada tahun 2015 kerana kerja-kerja telah hampir siap sepenuhnya. Ianya sudah bertukar menjadi aset hartanah yang bernilai tinggi. 

TH hanya membelinya pada tahun 2015 ketika ianya sudah bernilai tinggi dan dipaksa menjualnya semula pada tahun yang sama gara-gara spin buta. Cuba bayangkan berapa keuntungan TH akan perolehi jika dijual pada tahun 2018 apabila fasa 1 pembangunan TRX sudah siap.

Hartanah itu sangat-sangat menguntungkan juga kerana menghubungkan lebuh raya utama seperti MEX, SMART dan DUKE yang saling bersambungan. Malahan terdapat pejalan kaki berbumbung ke Bukit Bintang dan KLCC.

Jangan Ulangi Jual Bangunan MAS

Pada hujung minggu yang lalu, saya telah bersembang dengan pelajar kita yang belajar di Wharton School, University Pennsylvania. Kami berbincang isu-isu semasa di tanah air. Seorang pelajar berkata, jika TH menjual semula tanah itu hanya kerana putar belit pembangkang, katanya ia satu kebodohan of the year.

Katanya lagi, jika TH benar-benar memerlukan wang, jika TH amat terdesak dan memerlukan wang, maka baharulah masuk akal jika dijual dalam tempoh yang singkat. Katanya lagi, sudahlah aset TH melebihi RM50 Billion sekarang, apalah sangat nilai pembelian tanah itu (RM188.5juta) jika keuntungan berlipatkali ganda pada 2018 nanti.

Katanya lagi, jangan ulangi kesilapan menjual bangunan MAS ! Mereka berkata, tiada salah dan dosa TH membeli tanah itu untuk pelaburan jangka panjang.

DS Abdul Azeez Rahim Ada 2 Pilihan

Jika TH meneruskan juga niat untuk menjual aset tanah itu, maka jelaslah bahawa terdapat pengkhianat di dalam TH. Barangkali, mereka bersekongkol dengan pihak pembangkang untuk memburuk-burukkan TH supaya TH menjual semula aset tanah itu tergesa-gesa dengan harga yang mampu dibeli. 

Adakah ada jaminan pembeli itu tidak akan menjualnya semula pada tahun 2018 dengan harga yang berlipat-lipat kali ganda lagi? 

Kepada DS Azeez Rahim, anda dua pilihan. Jika anda berjaya mempertahan aset TH itu daripada dijual maka anda boleh kekal mempengerusikan TH sehinggalah Perdana Menteri menemui pengganti yang lebih profesional. 

Pilihan kedua, jika anda meneruskan juga niat menjual aset tanah TH itu, saya mencadangkan anda meletak jawatan serta-merta kerana anda gagal mempertahankan agenda umat Islam di TH.

Salam hormat,

Al-Azharri Siddiq,
Pennyslavania, USA.

Mei, 26, 2015.

ISU Tabung Haji Properties (THP) Sdn. Bhd. iaitu sebuah anak syarikat kumpulan Tabung Haji melabur ke atas lot tanah Tun Razak Exchange (TRX) di kawasan segitiga emas di Kuala Lumpur telah menjadi isu yang besar khususnya di hari-hari terakhir PRK Permatang Pauh.

Bermacam-macam tuduhan dibuat kononnya wang pendeposit Tabung Haji digunakan.

1. Jika kita memeriksa (update) buku Tabung Haji sekarang, adakah wang simpanan kita berkurangan? Jika tidak berkurangan, maka benarkah wang simpanan kita telah digunakan?

Nota:

Sehingga artikel ini ditulis belum ada pendeposit Tabung Haji membuat laporan polis mengenai kehilangan wang simpanan mereka di dalam Tabung Haji. 

2. Adakah Tabung Haji gagal menguruskan jemaah haji pada tahun ini disebabkan kekurangan wang?

3. Adakah Tabung Haji gagal membayar apa-apa kos jemaah haji seperti penginapan, makanan, pengangkutan, dan lain-lain bayaran menunaikan haji di Mekkah dan Madinah?

3. Adakah Tabung Haji gagal memberikan dividen keuntungan daripada pelaburan Tabung Haji dalam 11 bidang pelaburannya?

4. Apakah beza Tabung Haji membeli ladang sawit di Sumatera dengan membeli lot tanah di TRX? atau apakah beza Tabung Haji membeli hartanah di Kota Kinabalu dengan membeli lot tanah di TRX?

Mari kita senaraikan bidang pelaburan kumpulan Tabung Haji melalui anak syarikatnya:-

1. BIMB Holding Sdn. Bhd.
2. TH Propertes Sdn. Bhd.
3. TH Alam Holdings (L) Inc.
4. TH Plantations Sdn. Bhd.
5. TH Hotels and Residence Sdn. Bhd.
6. LTH Property Investment (L) Inc.
7. Theta Edge Berhad
8. TH Marine Sdn. Bhd.
9. LTH Property Holdings 2 Limited
10. THC International Sdn Bhd
11. TH Estates (Holdings) Sdn Bhd

Rakyat perlu diberitahu bahawa rupa-rupanya Tabung Haji memiliki 11 anak syarikat pelaburan di mana keuntungannya sudah pasti disalurkan kepada pendeposit Tabung Haji melalui pembayaran dividen dan bayaran tambahan untuk menunaikan ibadah haji.

Kesimpulan

1. Oleh kerana Tabung Haji Properties terpaksa tunduk kepadaspin pihak pembangkang dan orang lain, saya ingin mencadangkan agar Tabung Haji Properties menjual tanah itu semula kepada dua orang. Saya tidak bersetuju jika ianya dijual semula kepada orang bukan Melayu.

Pertama adalah kepada Tun Daim Zainuddin, mantan Menteri Kewangan Malaysia. Beliau adalah seorang ahli bisnes yang berjaya dalam bidang perumahan dan harta tanah.Beliau layak membeli lot tanah itu. Lagipun beliau mantan Menteri Kewangan, orang kepercayaan Tun Dr. Mahathir, seorang Melayu dan Muslim.Saya juga percaya, Tun Daim tidak perlu meminjam wang untuk membeli lot tanah tersebut.

Jika Tabung Haji Properties menjual kepada Tun Daim, saya juga yakin kritikan Tun Dr. Mahathir akan terberhenti.

Walaupun pada mulanya saya terfikir nama-nama lain seperti Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary dan Tan Sri Azman Hashim. Tetapi saya berfikiran, Tun Daim orang yang paling layak membelinya atas kapasiti 'keyakinan kepada diri' yang tinggi.

Barangkali Tun Daim pernah berhajat memohon untuk melabur di kawasan tersebut tetapi tidak kesampaian, maka inilah masanya kerajaan memberi peluang kepada beliau sekali lagi. Kerajaan perlu mengingati jasa-jasa beliau yang terdahulu.

2. Kedua, jika Tabung Haji Properties tidak hendak menjual lot tanah pelaburan itu kepada Tun Daim atas alasan lain, bagaimana jika Tabung Haji Properties menjualkannya kepada saya pula. Sudah tentu saya memerlukan sokongan kerajaan dan pinjaman bank untuk membeli tanah tersebut. Adakah kerajaan tidak boleh membantu saya? Sudah lama kerajaan tidak mencipta jutawan Melayu melalui dasar DEB sebagaimana suatu masa dahulu?

Anggaplah cadangan ini adalah serius. Saya tidak menyindir sesiapa. 

Saya pun mahu mencuba bidang baharu dalam hidup saya, yakni bidang perniagaan harta tanah. Saya pernah mencubanya dengan membeli sebuah rumah di ibu kota Kuala Lumpur dan menjualnya semula dalam tempoh tertentu, nampaknya keuntungannya sangat lumayan.

Saya berharap Tabung Haji Properties mempertimbangkan cadangan ini.

Terima kasih.



Nota:

Saya dan isteri telah menunaikan ibadah Haji pada tahun 1999 Masehi melaluai Tabung Haji dan pakej yang saya sertai menginap di Hilton Tower di Mekah dan Hotel Andalus di Medina. 

No comments: