Wednesday, August 3, 2016

The Speech.

The speech, delivered during my daughter’s wedding 31 July 2016 (Sunday) at Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam.



Bismillah…….


Alhamdullillah rabil’alamin, wa solatul wasalamu ala Sydinna Muhamad wa’ala alihi wa’sah bihi ajmain. Allah humma shali ala Sydinna Muhammad wa’ala alihi Syidinna Muhammad.

Asalamualaikum warahmatullah……wrbkt. Dan salam sejahtera.

Yang saya kasihi Bonda Puan Hajjah Neh Lasiah binti Shaari.

Yang Berbahagia Adinda Professor Dato Dr Ikram Said dan Datin Azizar.

Yang Berbahagia Adinda Dato Abas Abdul Rahman, dan Datin Maimunah.

Yang saya hormati, Puan Rokiah Abdullah diiringi oleh anakanda nya Encik Johari Abdul Rahman.

Encik Malek Hj Hisham dan Puan Normah Abdul Rahman.

Dibawah sana:

Yang Amat Berbahagia Dato Dr Tuan Syed Jaafar Jamalulai – Toh Muda Orang Kaya Besar Maharaja DiRaja Perak, Dato Panglima Brigadier General (B) Daud Ariffin, Dato Cheok Tuan Sang & Datin, Yang Berbahagia Adinda Dato Malek Ahmad dan Datin dan Yang Berbahagia Dato Sri Professor Dr Asiah, 

Dato2…Datin2,

Ahli rombongan pengantin lelaki, seterus nya Tuan2 dan Puan2 para jemputan yang saya hormati.

Selamat Datang,…………..saya dan isteri mengalu2kan.

Sempena dibulan Syawal yang mulia ini, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf dzahir batin.

Alhamdullilah cuaca diluar sana, nampak nya begitu baik sekali, dan saya mendoakan juga, perjalanan Majlis ini akan berjalan dengan begitu baik juga hendak nya. Saya menadah tangan ke hadrat Allah swt, supaya Majlis ini dilimpahi rahmat dan diberkati oleh Nya.

Allahumma yasir wal tuasir, rabbi tammim bilkhoir, birahmati kaya arrohimin.- Ya Allah, permudahkan lah, jangan dipersulitkan dan kau akhiri lah dengan kebaikan, hendak nya, insyaalah.

Ameennnn, Ameen, Ameen ya rabulalamin.

Para hadirin yang saya hormati,

Tersedia maklum, bahawa pada ketika ini, didalam Dewan Bankuet Wisma MBSA yang begitu sempurna, dihiasi dengan begitu indah, ada lah detik yang bersejarah bagi saya dan isteri - Puan Hajah Hanizah Abdul Rahman kerana kami meraikan Hari Raja Sehari, puteri kami, one and only one Muzlifah Mustapa dengan ikatan walimatulurus dengan anakanda Nor Haszeri bin Abdul Rahman.

Mereka berdua telah selamat diijabkabulkan semalam, bertempat di kediaman kami, di Kampong Raja Uda Port Klang, disaksikan oleh sahabat saya, YM Tuan Haji Raja Sahar dan kerabat saya, Yang Bhg Dato Haji Abdul Malik Ahmad. 

Kepada anakanda Nor Haszeri bin Abdul Rahman, saya dan isteri, mengucapkan welcome to the family and our only daughter is now under your full custody. Memetik ungkapan Allahyarham Boss saya dulu, the late Great Dato Ismayuddin, A Wedding is one day but a marriage will last forever, insyaalah. I repeat…….. Ungkapan itu hanya satu baris tetapi memberi makna yang amat mendalam. To our beloved daughter, Muzlifah…you have been with us all these years and you had witnessed how your Papa and Mama tolerate each other or rather how your Mama has been tolerating your Papa for these umpteen years. Syukur alhamdullillah it has been 43 years. No problem, dan dalam bahasa Arab, mafi musykillah. Well……sometimes we did have little problem here and there but we sorted it out amicably. Orang sekarang cakap, “kita bawak berbincang”. Tidak ada laut yang tidak bergelombang. A good Quartermaster with the guidance of the Captain will ride the rough waves and steer to calm water. Nakhoda sebuah kapal memerlukan seorang jurumudi yang bertanggong jawab dan berkaliber, tenang dan penuh kesabaran, menghala tuju untuk mengharong ombak yang mengganas dan merentasi samudra yang tenang. Peranan Nakhoda dan jurumudi masing2 memerlukan.

Berkomunakasi - mesti lah dalam satu bahasa, jangan seorang bercakap Perancis dan seorang lagi bercakap Jerman, alamat kapal terlanggar tebing dan tersadai. Grounded due to miscommunication.

Sudah bersarang burung tempua,
Sarang nya jauh bukan nya dekat,
Dahulu seorang sekarang berdua,
Pandai pandai lah duduk berpakat.

Didalam dulang berisi sagu,
Sagu dimakan burung tempua,
Papa & Mama wishing Selamat pengantin baru,
Kehidupan yang baru menjelang tiba.

Kepada hadirin2 sekelian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bersama2 kami memeriahkan Majlis kami ini. Terima kasih jua kepada sanak saudara kaum kerabat dear friends yang datang dari jauh dan dekat. Tidak lupa jua, kepada rombongan Pengantin Lelaki yang berhijrah hari ini dari Kulai Johore. Selamat datang kami ucapkan dan semoga perjalanan dan tujuan Tuan2 dan Puan2 dirahmati dan dilindungi oleh Allah swt. Maka terjalin lah persaudaraan dua keluarga diantara Perak Darul Ridzuan dan JDT di Ibu Negeri, Selangor-Darulehsan ini.  Syukur Alhamdulillah.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang turut membantu saya & isteri  didalam pengurusan Majlis ini. Jasa Tuan2 dan Puan2 akan dikenang dan hanya Allah sahaja yang membalas nya. Saya juga bergembira dapat bertemu sua kembali dengan sahabat2 dan kenalan yang baru dan lama. Dari Bawah Bayu Kota Kinabalu Hjh Sabrinawati & keluarga, dari Banjaran Titiwangsa, Cameron Highland, YBhg. Datin Zainab & keluarga and my once upon a time a sparring partner, Mr Tan Chin Teck all the way from Kentucky USA (He’s here for the summer break) seterus nya kepada Haji Haji teman2 sebilek semasa menunaikan ibadah Haji tahun 1999. Saya mengharap kita dapat terus mengeeratkan siratulrahim dan ukhwah diantara kita.
Para hadirin yang saya hormati sekelian,

Seandai nya, jika ada kekurangan di Majlis ini, saya dan isteri, menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf dan ia nya bukan lah disengajakan. Yang baik hanya lah dari Allah, dan yang kekurangan ada lah dari kami.

Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan jutaan terima kasih
Kepada para jemputan yang sudi bertandang

Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Saya dan Isteri berbesar hati
Apa yang kurang mohon di maafkan.


Saya sudahi dengan waltaufik wal hidayah, Syukran Jazakallah, Thank You dan Terima kasih, Wasalamualaikum wrbt.