The speech, delivered during my daughter’s
wedding 31 July 2016 (Sunday) at Dewan Bankuet, Wisma MBSA, Shah Alam.
Bismillah…….
Alhamdullillah
rabil’alamin, wa solatul wasalamu ala Sydinna Muhamad wa’ala alihi wa’sah bihi
ajmain. Allah humma shali ala Sydinna Muhammad wa’ala alihi Syidinna Muhammad.
Asalamualaikum
warahmatullah……wrbkt. Dan salam sejahtera.
Yang
saya kasihi Bonda Puan Hajjah Neh Lasiah binti Shaari.
Yang
Berbahagia Adinda Professor Dato Dr Ikram Said dan Datin Azizar.
Yang
Berbahagia Adinda Dato Abas Abdul Rahman, dan Datin Maimunah.
Yang
saya hormati, Puan Rokiah Abdullah diiringi oleh anakanda nya Encik Johari
Abdul Rahman.
Encik
Malek Hj Hisham dan Puan Normah Abdul Rahman.
Dibawah
sana:
Yang
Amat Berbahagia Dato Dr Tuan Syed Jaafar Jamalulai – Toh Muda Orang Kaya Besar
Maharaja DiRaja Perak, Dato Panglima Brigadier General (B) Daud
Ariffin, Dato Cheok Tuan Sang & Datin, Yang Berbahagia Adinda Dato Malek
Ahmad dan Datin dan Yang Berbahagia Dato Sri Professor Dr Asiah,
Dato2…Datin2,
Ahli
rombongan pengantin lelaki, seterus nya Tuan2 dan Puan2 para jemputan yang saya
hormati.
Selamat Datang,…………..saya
dan isteri mengalu2kan.
Sempena dibulan
Syawal yang mulia ini, saya sekeluarga mengucapkan Selamat Hari Raya, maaf
dzahir batin.
Alhamdullilah cuaca
diluar sana, nampak nya begitu baik sekali, dan saya mendoakan juga, perjalanan
Majlis ini akan berjalan dengan begitu baik juga hendak nya. Saya menadah
tangan ke hadrat Allah swt, supaya Majlis ini dilimpahi rahmat dan diberkati
oleh Nya.
Allahumma
yasir wal tuasir, rabbi tammim bilkhoir, birahmati kaya arrohimin.- Ya
Allah, permudahkan lah, jangan dipersulitkan dan kau akhiri lah dengan kebaikan,
hendak nya, insyaalah.
Ameennnn, Ameen,
Ameen ya rabulalamin.
Para hadirin yang
saya hormati,
Tersedia maklum,
bahawa pada ketika ini, didalam Dewan Bankuet Wisma MBSA yang begitu sempurna, dihiasi
dengan begitu indah, ada lah detik yang bersejarah bagi saya dan isteri - Puan
Hajah Hanizah Abdul Rahman kerana kami meraikan Hari Raja Sehari, puteri kami, one and only
one Muzlifah Mustapa dengan ikatan walimatulurus dengan anakanda Nor Haszeri
bin Abdul Rahman.
Mereka berdua telah
selamat diijabkabulkan semalam, bertempat di kediaman kami, di Kampong Raja Uda
Port Klang, disaksikan oleh sahabat saya, YM Tuan Haji Raja Sahar dan kerabat
saya, Yang Bhg Dato Haji Abdul Malik Ahmad.
Kepada anakanda Nor Haszeri bin Abdul
Rahman, saya dan isteri, mengucapkan welcome to the family and our only daughter
is now under your full custody. Memetik ungkapan Allahyarham Boss saya dulu,
the late Great Dato Ismayuddin, A
Wedding is one day but a marriage will last forever, insyaalah. I repeat…….. Ungkapan
itu hanya satu baris tetapi memberi makna yang amat mendalam. To our beloved daughter,
Muzlifah…you have been with us all these years and you had witnessed how your
Papa and Mama tolerate each other or rather how your Mama has been tolerating your
Papa for these umpteen years. Syukur alhamdullillah it has been 43 years. No
problem, dan dalam bahasa Arab, mafi
musykillah. Well……sometimes we did have little problem here and there but
we sorted it out amicably. Orang sekarang cakap, “kita bawak berbincang”. Tidak
ada laut yang tidak bergelombang. A good Quartermaster with the guidance of the
Captain will ride the rough waves and steer to calm water. Nakhoda sebuah kapal
memerlukan seorang jurumudi yang bertanggong jawab dan berkaliber, tenang dan
penuh kesabaran, menghala tuju untuk mengharong ombak yang mengganas dan
merentasi samudra yang tenang. Peranan Nakhoda dan jurumudi masing2 memerlukan.
Berkomunakasi - mesti
lah dalam satu bahasa, jangan seorang bercakap Perancis dan seorang lagi
bercakap Jerman, alamat kapal terlanggar tebing dan tersadai. Grounded due to
miscommunication.
Sudah
bersarang burung tempua,
Sarang
nya jauh bukan nya dekat,
Dahulu
seorang sekarang berdua,
Pandai
pandai lah duduk berpakat.
Didalam
dulang berisi sagu,
Sagu
dimakan burung tempua,
Papa
& Mama wishing Selamat pengantin baru,
Kehidupan
yang baru menjelang tiba.
Kepada hadirin2
sekelian, saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi bersama2 kami
memeriahkan Majlis kami ini. Terima kasih jua kepada sanak saudara kaum kerabat
dear friends yang datang dari jauh dan dekat. Tidak lupa jua, kepada rombongan
Pengantin Lelaki yang berhijrah hari ini dari Kulai Johore. Selamat datang kami
ucapkan dan semoga perjalanan dan tujuan Tuan2 dan Puan2 dirahmati dan
dilindungi oleh Allah swt. Maka terjalin lah persaudaraan dua keluarga diantara
Perak Darul Ridzuan dan JDT di Ibu Negeri, Selangor-Darulehsan ini. Syukur Alhamdulillah.
Saya juga ingin
mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang turut
membantu saya & isteri didalam
pengurusan Majlis ini. Jasa Tuan2 dan Puan2 akan dikenang dan hanya Allah
sahaja yang membalas nya. Saya juga bergembira dapat bertemu sua kembali dengan
sahabat2 dan kenalan yang baru dan lama. Dari Bawah Bayu Kota Kinabalu Hjh
Sabrinawati & keluarga, dari Banjaran Titiwangsa, Cameron Highland, YBhg. Datin
Zainab & keluarga and my once upon a time a sparring partner, Mr Tan Chin
Teck all the way from Kentucky USA (He’s here for the summer break) seterus nya
kepada Haji Haji teman2 sebilek semasa menunaikan ibadah Haji tahun 1999. Saya
mengharap kita dapat terus mengeeratkan siratulrahim dan ukhwah diantara kita.
Para hadirin yang
saya hormati sekelian,
Seandai nya, jika ada
kekurangan di Majlis ini, saya dan isteri, menyusun sepuluh jari memohon ampun
dan maaf dan ia nya bukan lah disengajakan. Yang baik hanya lah dari Allah, dan yang kekurangan ada lah dari kami.
Cantiknya burung cenderawasih
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan jutaan terima kasih
Kepada para jemputan yang sudi bertandang
Terbang sekawan di hari petang
Kami ucapkan jutaan terima kasih
Kepada para jemputan yang sudi bertandang
Mawar merah di atas peti
Bunga melur saya kalungkan
Saya dan Isteri berbesar hati
Apa yang kurang mohon di maafkan.
Bunga melur saya kalungkan
Saya dan Isteri berbesar hati
Apa yang kurang mohon di maafkan.
Saya sudahi dengan
waltaufik wal hidayah, Syukran Jazakallah, Thank You dan Terima kasih, Wasalamualaikum
wrbt.
No comments:
Post a Comment