Cerita Perang Sungai Manik (Selempang Merah)
Bismillahirrahmanirrahim
KISAH BENAR, SEJARAH PERANG BANJAR YANG TIADA MANA-MANA CATATAN
DALAM BUKU SEJARAH DI MALAYSIA.
Kisah Sungai Manik Bamandi Darah (terjemahan ke bahasa Melayu),
pergaduhan antara Masyarakat Banjar dengan Cina Komunis Bintang tiga di Sungai
Manik, Perak tahun 1945. Teks asal dalam bahasa Banjar.
Sumber asal dalam bahasa Banjar:
http://banjarcyber.tripod.com/sgmanik_1.html
Badan Ismail Rudo yang sudah tidak berkaki dan bertangan menggelupur
di atas titi dan sedang menunggu masa untuk nyawa berpisah dengan badan – kedua
belah kaki dan tangan Mail Rudo putus ditetak parang ‘bungkol’ Utoh Putih. Air
jernih yang mengalir deras di bawah titi bertukar merah disirami darah. Maka
tertawa besarlah ‘sangkala’ mendapat habuan petang – darah dalam jantung adalah
makanannya.Begitulah adat orang berkelahi, salah seorang pasti kecundang.
Selepas Asar, Mail Rudo pergi seorang diri – menghembuskan nafas
terakhir tanpa seorang pun yang sudi mendekatinya. Sepucuk pistol .38 tanpa
peluru masih berada di sisi jasad yang sudah tidak bernyawa lagi.
Ramai penduduk Bendang DO, parit 6, Sungai Manik terdiri dari
keluarga Banjar. Kehidupan mereka begitu daif, terhimpit dan dihimpit oleh
gerombolan komunis yang bermarkas di Sungai Tungko, dan diketuai oleh Ah Pau,
Ah Boon dan Ah Jang.
Pembunuh Mail Rudo, orang kuat Parti Komunis Malaya (PKM) mesti
ditangkap segera.
Utoh Putih, Banjar ‘Alai’ jati beranak dua – anak bungsunya
seorang bayi perempuan dan baru pandai berdiri-jatuh. Dia menetap di Pekan
Rabu, Parit 6, Sungai Manik. Oleh kerana warna kulitnya yang tersangat cerah
maka lekatlah gelaran Utuh Putih.
Arwah datuk (pencerita) dan Utuh Putih adalah rakan karib yang
sama hebat ilmu zahir dan batin.
Mail Rudo, Banjar Sungai Tungko, Sungai Manik sudah lama menyertai
PKM dalam bahagian risik. Selepas tentera Jepun menyerah kalah, Mail Rudo
ditugaskan mencari ahli baru dalam daerah Sungai Manik. Disebabkan tidak ramai
keluarga Banjar yang sudi menyertai perjuangan komunis, maka akhirnya Mail Rudo
terpaksa menggunakan kekerasan. Mereka yang enggan akan menerima padah.
Saban hari ada saja penduduk kampung yang ditangakap, tak kira
muda ataupun tua. Disiksa, disembelih, disumbat dalam guni hidup-hidup dan
dibuang ke Sungai Perak, ditembak, disula, dan bermacam lagi hukuman. Begitulah
gerangan bila manusia (Mail Rudo) sudah ada kedudukan – mudah lupa diri hingga
hilang rasa kemanusiaan.
Pada masa itu bukan sedikit orang Banjar dan orang Melayu yang
menyokong perjuangan komunis. Malah ada juga orang Banjar yang hebat ilmunya
turut menjadi talibarut. Orang seperti itulah yang menjadi duri dalam daging
penduduk setempat. Oleh kerana terlau mengejar pangkat mereka sanggup membunuh,
membakar rumah dan memusnahkan harta benda bangsa sendiri. Penduduk kampung
yang takut menyertai perjuangan komunis secara aktif dipaksa pula membayar
yuran sebagai ahli PKM.
Kehidupan keluarga Banjar di Sungai Manik semakin terhimpit. Ramai
yang terpaksa berpindah ke penempatan Banjar di seberang Sungai Kinta – ke
Kampung Balun Bidai dan Kampung Gajah.
Waktu Zohor baru saja masuk. Alun air bendang dihembus bayu
membuat hati terasa rawan. Sambil memikul guni berisi ubi, Utoh Putih melangkah
cermat menuju titi untuk kembali ke rumah di Pekan Rabu. Sebaik sampai di
pangkal titi…
“Dari mana gerangan ni ‘Toh, akhirnya bertemu juga kita di sini
ye?” entah dari mana munculnya si Mail Rudo, tiba-tiba saja tercegat di tengah
titi berpakaian seragam komunis, pistol dan bayonet terselit di pinggang. Di
wajahnya terpancar rasa kepuasan kerana dapat bertemu dengan Utoh Putih yang
sudah sekian lama dipujuknya supaya menyertai PKM.
“Baru balik dari Cikus mencari ubi, maafkan saya tuan, tumpang
lalu” Utoh Putih menyahut penuh hormat.
“Kalau ia pun letaklah dulu guni ubi tu, tak usah bergegas, apa
yang nak dikejar, tak ke mana perginya rumah tu” garau bunyi suara Mail Rudo.
Antara rela dan terpaksa, Utoh Putih mematuhi perintah ‘tuan besar’ dan
meletakkan guni ubi di atas titi. Begitu gah susuk tubuh dua orang anak Banjar
yang berdiri di atas titi menghadap satu sama lain, cumanya seorang berkulit
cerah manakala seorang lagi kelihatan gelap.
“Mungkin petang ini pertemuan kita yang terakhir, agaknya” si Mail
Rudo menyambung bicara.
“Apa hajat, kenapa lain benar kata-kata tuan besar?” si Utoh Putih
yang menyambut bicara merasakan ada sesuatu yang tak kena.
“Tak usah pura-pura tak tau, bagaimana dengan janji kau dulu?
Sampai hari ini aku masih menunggu kata putus” rungut orang kuat PKM
menempelak.
“Taklah Mail, aku tak nak ikut perjuangan yang membinasakan
bangsa, sedangkan perjuangan untuk mengisi perut sendiri dan anak bini rasa dah
tak tertanggung. Tidak…tidak sekali-kali” si Utoh Putih menjawab tegas.
“Mak oi, keras benar hati kau ni ‘Toh…apa nak buat…kalau itulah
pendirian kau, bersiap sedialah” merah padam muka Mail Rudo kerana marah.
Spontan tangan kanannya mencapai pistol di pinggang dan mengacukan ke dada si
Utoh Putih.
“Jangan, senjata jangan dibuat main Mail ai…kita kan serumpun, tak
kanlah kau tak ada belas kasihan. Ditakdirkan aku tak ada, siapa yang nak
menyara anak isteriku nanti…ampun tuan besar” si Utoh Putih merayu minta
simpati.
“Dam…” bunyi pistol memuntahkan peluru sulung. Berasap baju buruk
si Utoh Putih dihinggapi peluru, namun dia masih tak berganjak, masih tegak
berdiri. Keluarga Banjar berhampiran yang terkejut melihat kejadian tak berani
mendekati, masing-masing masuk ke rumah.
“Dam…dammmm…” sudah tiga das tembakan dilepaskan oleh Mail Rudo
namun peluru masih tak mampu menembusi kulit si Utoh Putih.
“Bangsat betul, kebal rupanya kau ye…tahani lagi nah” tengking
orang kuat PKM. Tanpa disedari sudah enam das tembakan dilepaskan dan pistolnya
sudah kehabisan peluru. Sedang dia terkial-kial…
“Labukkk…” ayunan parang bungkol yang bergelar si Kandal Larap
hinggap dipergelangan tangan kanan Mail Rudo yang membuatkan tangan itu putus
serta merta.
“Labukkk…” giliran tangan kiri si Mail Rudo untuk jatuh ke tanah.
Utoh Putih meneruskan ayunan. Kali ini lutut kanan Mail Rudo pula jadi mangsa
parang bungkol Kandal Larap. Setelah putus kaki kanan, maka terdamparlah Mail
Rudo di atas titi. Si Utoh Putih semakin geram. Tetakan terakhirnya membuat
kaki kiri Mail Rudo bercerai dengan badan.
Guni yang berisi ubi diletakkan semual ke bahu, dan Utoh Putih
terus balik ke rumah meninggalkan Mail Rudo mengerang kesakitan.
Markas PKM di Sungai Tungko gempar mendapat berita tentang
pembunuhan Mail Rudo. Dengan bersenjatakan raifel MK5, berduyun-duyun
gerombolan komunis yang diketuai orang kanan mereka si Ah Pau bergegas menghala
ke Bendang DO, Parit 6, Sungai Manik.
“Ai yaa…kaki tangan semua kasi potong habit ka…manyak cilaka itu
olang.” bebel si Ah Pau apabila terpandang mayat Mail Rudo yang masih
terkangkang (tabirangkang) di atas titi. Tak seorang pun keluarga Banjar di
Bendang DO yang berani tampil menunjukkan muka. Mereka hanya menyaksikan dari
jendela rumah masing-masing.
Hari semakin larut petang, gerombolan komunis masih riuh
berbincang sesama sendiri. Entah apa yang mereka bincangkan tak seorang pun
penduduk kampung yang mengerti. Sejurus kemudian, kumpulan komunis itu pergi
dari rumah ke rumah mengetuk kuat (manggandah) dinding mengarahkan orang
kampung, tua dan muda, berkumpul di hadapan Pekan Rabu.
Seorang demi seorang di soal siasat termasuklah Utoh Putih.
Namun, keluarga Banjar sepakat berpura-pura tak kenal siapa yang
membunuh Mail Rudo. Akhirnya kepala komunis, si Ah Pau memberi kata dua: Kalau
pembunuh Mail Rudo tidak ditangkap, Bendang DO akan jadi padang jarak padang
tekukur.
Mayat Mail Rudo diikat (ditayut) dengan tali dan dikandar (galas)
dengan kayu panjang untuk dibawa pergi. Rasa kesian (maras) pun ada melihat
cara mayat diperlakukan – tak ubah seperti mengandar hasil buruan babi hutan.
Tak siapa yang tau ke mana mayat itu dibawa, ditanam atau dibuang ke Sungai
Perak. Kalau dibuang ke sungai pastinya ternganga luas mulut sang buaya
(kuradal) mendapat habuan petang.
Warga Banjar sepakat meminta Utoh Putih membawa isteri dan
anak-anak meninggalkan Bendang DO dengan segera. Maklum sajalah, mulut tempayan
(muntung guri) boleh ditutup rapat (dipisiti), mulut manusia siapalah tau. Tapi
apa pula kata empunya diri…!
“Tidak (cakada) saudaraku. Untuk apa kalau aku seorang saja yang
menjaga (maharagu) anak dan isteri sedangkan kalian semua (sabarataan) terpaksa
menanggung derita…aku tak akan meninggalkan kampung ini. Tidak, tidak
sekali-kali, apa nak jadi, jadilah.” jenuh penduduk kampung memujuk namun Utoh
Putih tetap dengan pendiriannya.
Sudah tiga hari berlalu, Emoh sahabat karib Utoh Putih yang baru
dapat berita segera menonong (mangunyur) meninggalkan Balun Bidai menyeberang
Sungai Kinta menuju ke Bendang DO untuk menemui sahabat karibnya, kawan sehati,
seperguruan dan sama jaguh (juhara). Persahabatan mereka lebih akrab dari
hubungan adik-beradik, dan tentunya Emoh tak akan membiarkan (mahijaakan)
sahabatnya keseorangan dalam keadaan sedemikian.
“Pariannya diako madam maninggalakan Bandang DO nih …….. Tia mati
jua magun Moh ai……….ajal wan maut bacara hudah di tantuakan, siapang nang kawa
mahalang.” surung pandiran Utoh Putih nang hanyar haja imbah bamakanan di rumah
hidin malam tutih.
“Andainya (pariannya) aku berhijrah (madam) meninggalkan Bendang
DO, mati juga akhirnya, ajal maut sudah ditentukan, tak siapa boleh (kawa)
menghalang.” Utoh Putih memulakan perbualan setelah selesai makan malam itu.
“Ai, jangan begitu, apa resa (pangrasa) kau ‘Toh?” tanya Emoh yang
mula rasa tak sedap hati.
“Kada ah….. kaluko ai,” jawab hidin handap.
“Tak lah, manalah tau,” jawabnya ringkas.
Walau dimapa gin si Emoh magun ham asa balisah napang pinda lain
banar parangai sahabat hidin nang sasain ambak bilang banyak mainggihakan pada
malilit pandiran. Sarajin amun lawas kada badapatan kadamia cakada bakakaringan
gusi palapauan tantan.
Walau bagaimana pun, Emoh masih rasa gelisah kerana lain benar
kelakuan sahabatnya yang semakin pendiam (ambak), lebih bersikap mengiakan dari
merancakkan perbualan. Selalunya kalau lama tak berjumpa, tak kering gusi
mereka berbual.
Malam semakin larut namun dua orang sahabat karib itu masih lagi
belum tidur, masih ‘garunuman’ berbual.
“Moh, andainya ajalku sampai, jangan bersusah payah membawa
mayatku ke Balun Bidai, kebumikan saja di sini. Tapi, jangan kau lupa membawa
anak isteriku dan serahkan kepada keluarganya di sana. Sepanjang kita
bersahabat, kalau ada terlebih terkurang, aku minta halal dunia akhirat. Engkau
pula Moh, biarlah disederhanakan kejaguhan (manjuhara). Berhati-hatilah memilih
kawan. Satu lagi…tapi jangan pula kau anggap aku menghalau…esok sebelum Zohor,
aku minta kau segera beredar dari rumahku, ke mana yang kau nak tuju, aku tak
melarang (batangatan). Tak ada apa-apalah, cuma aku rasa lebih selesa kalau
bersendirian!”
Berderau (marigap) rasa si Emoh mendengar kata-kata sahabatnya,
lantas bangun mendakap Utoh Putih. Tak sepatah kata pun yang terucap (muntung
bungkam) antara mereka kecuali deraian (barubuian) air mata mengenangkan nasib
yang bakal menimpa. “Mungkin sudah sampai janji (ajal) saudaraku ini,” bisik
hati kecil Emoh.
Mereka terus berbual sampai ke subuh.
Ari magun haja tatarauan, nang badua badangsanak hudaham tacugut
di pinggir sumur pamandian.
Dalam remang (tatarauan) subuh, kedua sahabat sudah tercegat
(tacugut) di tepi telaga mandi.
“Ayuha, duduklah ‘Toh…..Bismillahirahmanirahim…..” Emoh membaca
ayat mandi suci sambil menyiram (manguboiakan) air memandikan sahabatnya si
Utoh Putih hingga selesai.
Api di dapur marak (barau) dengan isteri Utoh Putih sibuk
menyediakan sarapan pagi. Kesian si isteri kerana tak tau kisah dan hujung
pangkal cerita. Pada pengamatannya, bermandi-mandian di subuh hari sudah jadi
kelaziman dua orang pendekar tersebut.
Bandang DO hangat babandering mambari tanda pagi baugah tangahari
sampai am hudah kutika badua badangsanak kana bapisah. Salah saikung tapaksa
mamingkuti janji.
Panas semakin terik di Bendang DO sebagai tanda pagi sudah beralih
(baugah) ke tengahari. Maka tibalah saatnya untuk kedua sahabat itu berpisah.
Salah seorang terpaksa memegang (mamingkuti) janji.
“Jangan lupa pesan guru kita wahai saudaraku, walau nyawa sudah
berada di hujung, jangan sekali-kali kau lupa….” pesan Emoh kepada Utoh Putih.
Kedua sahabat berpelukan untuk kali terakhir.
“(Barilaan) kita dunia akhirat.” dengan kata-kata itu, Emoh terus
menonong meninggalkan sahabatnya si Utoh Putih tanpa menoleh lagi ke belakang.
Ke mana gerangan tujuannya, tak siapa pun tahu.
Selepas solat Zohor tengahari itu, kelopak mata Utoh Putih terasa
berat kerana tak tidur semalaman. Anak bungsunya sudah marinuk (merengkok)
terlena di tepi lulungkang (jendela) anjung rumah. Hembusan bayu Bendang DO
terasa dingin. Tak lama setelah Utoh Putih merebahkan badan di sebelah anaknya,
dia pun turut terlena.
Hari semakin menghampiri petang. Entah kenapa gerangan hari ini
Bendang DO sunyi sepi. Tak seorang pun yang kelihatan gagaliwalak (mundar
mandir) di luar rumah seperti hari-hari biasa. Agaknya mereka sengaja
mendiamkan diri dalam rumah, masih terkejut dengan kematian Mail Rudo dan
kata-dua komunis, atau sedang menghitung hari kerana tempoh seminggu yang
diberikan PKM semakin hampir.
Tanpa disedari enam ikung (orang) komunis sedang karayapan
(merayap) mamaraki (menghampiri) rumah Utoh Putih. Kabujuran (kebetulan) pula,
isteri dan anak sulungnya tidak ada di rumah kerana pergi maunjun (mengail)
ikan puyu bersama kawan-kawan. Dengan menatang raifel MK5, gerombolan komunis
terjingkit-jingkit menjenguk setiap jendela rumah. Sebaik terpandang Utoh Putih
yang sedang lena, tanpa membuang masa palumpongan (muncung) MK5 diacukan ke
kepala dari luar jendela.
“Dahui…dahui…dahui…” tiga kali muncung raifel memuntahkan pilur
(peluru). Kerana sudah sampai waktunya – sampai ajal – kekebalan Utoh Putih
berakhir. Tak sedikit pun yang tinggal. Mangarabuak (menggelegak) darah dalam jantung
keluar menerusi ruang-ruang terbuka di kepala. Mujur juga anak kecilnya tidak
diapa-apakan. Kuciak papar (menjerit sakan) si anak yangt terkejut, bakayukut
(merangkak) mendakap bapanya yang sudah tidak bernyawa lagi.
Galahakan (berdekah-dekah) ketawa gerombolan komunis kerana puas
dapat membalas kematian Mail Rudo. Selepas itu mereka terus balik meninggalkan
Pekan Rabu, Bendang DO menghala ke Sungai Tungko.
Si Emoh yang sedang dalam perjalanan menghala ke Bendang DO
manggisit (hampir) terserempak dengan kumpulan PKM yang masih terbahak-bahak
kegembiraan. Mujur juga dia ternampak mereka lebih dahulu, lantas melompat
manyungkupakan (menyembunyikan) diri ke padang tagah (dalam semak). Parang
bungkol yang bergelar “si Buruk” sedia tergenggam di tangan. Andai ketemuan,
tak taulah apa yang akan terjadi. Mujur juga dia masih lagi dilindungi Allah,
dan tak seorang pun ahli komunis tersebut dapat melihatnya.
Barubuian (bercucuran) air mata Emoh terkenang sahabatnya si Utoh
Putih. “Mungkin dah tak ada lagi saudaraku ini” bisik hati kecilnya. Belum pun
jauh kumpulan komunis itu berlalu, Emoh bingkas dan bukah mancicing (pantas
berlari) maranduk (meredah) pinggir bendang menghala ke rumah Utoh Putih yang
sudah mula barumbung (ramai) orang.
“Ayuha, pergilah dulu wahai saudaraku kerana bila sudah sampai
masanya, tidak siapa dapat menghalang” bisik Emoh ketika terpandang jenazah si
Utoh Putih. Barataan (semuanya) warga Banjar di Bendang DO batarukuian
(sepakat) untuk menyempurnakan jenazah petang itu juga. Dalam keadaan serba
kekurangan kerana darurat, pengkebumian berlarutan sampai ke malam.
Han napa tia bujur, “amun muntung guri wadi hingkat disumpali
dipisiti. Muntung manusia siapang nang hingkat manduga”, tantu banar ah hudah
ada nang anju ataran, tida di manang bubuhan PKM tutih tahu pada si Utoh Putih
nang ampunya angkara!
Betapa benarnya kata-kata “kalau mulut tempayan pekasam boleh
disumpali (disumbat) dipisiti (ketat), mulut manusia siapa yang dapat menduga”.
Tentu ada yang anju ataran (celupar) kalau tidak masakan PKM tahu Utoh Putih
yang empunya angkara.
Mangkining (mengerlit) kilauan parang bungkol si Kandal Larap yang
sudah tidak bapagustian (bertuan) tersangkut di tawing (dinding). Sambil
mengusap mata parang bungkol peninggalan sahabat karibnya, hati Emoh berkata
“Satu ketika nanti akan ku mandikan si Kandal Larap dengan darah seteru haram
jadah…”
Sudah seminggu berlalu, mujurlah tidak ada apa-apa kejadian yang
tak diingini berlaku di Bendang DO. Pun begitu, keluarga Banjar yang berada di
situ masih curiga kerana maklum sajalah janji komunis tak boleh dipercaya.
Dalam diam, kerabat PKM sudah membina sebuah markas kecil kira-kira satu
kilometer dari Bendang DO dengan tujuan mengawasi dan berkempen kononya tak
siapa pun yang boleh memerdekakan Tanah Melayu selain dari PKM.
Ramai jugalah orang Melayu dan Banjar yang mula terpengaruh
diresapi dakyah komunis hingga ada yang sanggup menyertai kumpulan bersenjata,
manakala yang penakut atau berani-berani lalat pula memadailah sekadar menjadi
mata dan telinga mereka.
Markas PKM di Bendang DO tak mendapat sambutan langsung.
Perjuangan apa gerangan kalau caranya lebih teruk dari pemerintahan Jepun.
Begitulah agaknya tanggapan warga Banjar seluruh Bendang DO – geram benar
gamaknya.
Ketua komunis di markas besar Sungai Tungko mula gelisah kerana
kempen mereka dipahawai (dipandang sepi) oleh warga Banjar di Bendang DO yang
masih keras hati. Akhirnya gerombolan PKM terpaksa membuat percaturan lain…menimbulkan
masalah saban hari; tak cukup dengan makanan, harta benda orang kampung
dirampas, tanaman takundangsai (musnah) diinjak dilenyek. Namun tidak juga
membawa hasil yang diharapkan malah semakin menambah barau (marak) api
kemarahan warga Banjar.
Ah Pau, Ah Boon dan Ah Jang orang kuat komunis mengeluarkan
perintah dan amaran terakhir; kalau tak sanggup melihat Bendang DO menjadi
padang halilintar, dalam masa seminggu warga Banjar diarah mengumpulkan kaum
perempuan yang masih muda, tak kiralah anak dara atau isteri orang. Sudah lama
benar gerangan si kulup ini menagih kaum perempuan, dan kalau itulah caranya,
bagaimana gerangan dapat menentang British kelak!
Begitulah, satu perintah, satu tagihan, yang menyusahkan warga
Banjar Bendang DO. Ke mana hendak mengadu kerana dalam keadaan darurat begini,
Penghulu tak ada, Ketua Kampung pun tak ada. Bagaimana ye!
Haji Bakri, Banjar dari suku kaum Rantau baandah (berhijrah) dari
Kalimantan ke Sapat, Sumatera. Dari Sapat berhijrah pula ke Batu Pahat, Johor,
dan bertemu jodoh di sana.
Isteri tua bangaran (bernama) Patmah binti Hj Hassan dan
dikurniakan dua orang anak – Zainab dan Abdul Majid. Isteri muda bernama Samiah
binti Hj Abdul Jalil dan dikurniakan tiga orang anak – Abdul Kadir, Abdul Hamid
dan Siti Sarah.
Hj Abdul Kadir anak lelaki Hj Bakri dengan isteri muda memakai
menggayakan jubah peninggalan arwah bapanya
Haji Bakri lemah lembut orangnya, sentiasa merendah diri matan
(hinggakan) tak ramai yang tahu tentang ketinggian ilmunya – dunia dan akhirat.
Setelah mendengar khabar tentang warga Banjar ramai menetap di Sungai Manik,
beliau berhijrah ke sini sebelum Jepun memerintah Malaya. Dialah yang banyak
mengajar agama dan membetulkan akidah warga Banjar di Sungai Manik. Lantaran
itu dia diberi gelaran Patuan Guru (Tuan Guru)
“Amun sawat batagihan ka bibinian pulang matan talalo-lalo banar
am bubuhan si haram jadah nia,” ujar hidin hudah bamula pina garigitan.
“Kalau sampai menagih perempuan, itu sudah benar-benar melampau”
ujar Tuan Guru yang sudah mula rasa garigitan (geram).
“Cakada lain parang bungkol pang satronya si haram jadah ai”.
Garunum hidin pina habang miar hudah muha tanda barau.
“Tak ada lain melainkan parang bungkol lawannya si haram jadah
ni,” bebel Tuan Guru yang sudah habang miar (merah padam) muka kerana marah.
Tuan Guru Haji Bakri membuat pakatan sulit dengan warga Banjar
Bendang DO yang bersetuju untuk menentang komunis.
Sebagai permulaan, lapan orang bibinian (perempuan) berjaya
dikumpulkan, tapi kemudiannya hanya lima orang yang setuju, itu pun setelah
jenuh memujuk. Memang benar pun, siapa yang rigi (sudi) dijadikan hulun (hamba)
sex kepada pengganas komunis yang tak tau bahasa tu.
“Cakada nang kami bungol manjulung budas kanu bubuhan ninto
kakanakan barataan ai, agar umpan satumat banarai,” ujar Patuan Guru Hj Bakri
manahapi.
“Bukan kami bodoh manjulung (menghulur) budas (bulat-bulat) warga
yang masih sunti melainkan ada helah, untuk dibuat umpan sementara” Tuan Guru
manahapi (memberi kepastian).
Tempoh yang diberikan PKM hanya tinggal tiga hari saja lagi. Warga
Banjar papasingnya (masing-masing) sibuk mangilir (mengasah) parang bungkol
yang beranika gelaran. Tajamnya si Kandal Larap boleh dijadikan pisau cukur
untuk membotakkan kepala. Ketika itulah dapat dilihat pelbagai ilmu dan amalan
orang Banjar. Ada yang berendam semalaman dalam perigi buruk, ada yang berwirid
siang malam tanpa henti, mandi buluh dan bermacam lagi petua. Betapa tidak,
perjuangan antara hidup dan mati bukan boleh diambil mudah.
Rumah Tuan Guru Hj Bakri bersebelahan surau Parit 8, malaran
(boleh tahan) juga ganalnya (besarnya). Diperbuat dari kayu harat (baik) zaman
British – kukuh dan padu. Dalam rumah itulah warga Banjar mengatur strategi
untuk berdepan dengan pengganas komunis. Carirapan (berkilau-kilauan) mata parang
bungkol pesaka padatuan (moyang) yang dibawa dari kampung halaman di negeri
Banjar, dan kebanyakannya sudah pernah dibasahi darah tentera Belanda. Memang
sudah terbukti kehebatan parang-parang tersebut ketika digunakan memerangi
penjajah di Kalimantan dulu. Pada masa itulah taungkai (terkeluar) nama atau
gelaran yang tak pernah didengar sebelumnya.
Ketika itu, Tuan Guru Haji Bakri tak ada anak lelaki dewasa di
Sungai Manik, yang ada hanya seorang cucu lelaki yang masih remaja berusia awal
20an. Acil, nama cucu kesayangannya.
Macalnya (nakalnya) boleh tahan juga, tak jauh bezanya dengan
anak-anak hari ini. Marga (disebabkan) kenakalan itulah, Tuan Guru Haji Bakri
segera menurunkan ilmu kepada cucunya. Maka semakin bertambahlah kejaguhan si
teruna ini.
“Nah, buat genggaman mu,” Tuan Guru Haji Bakri menghulur parang
bungkol si “Mandam Layu” kepada cucunya. Fuh, cantik sungguh; hulunya diukir
dari akar haur (buluh) betung, rumbai perca kain merah di hujung menambah
keampuhann bila dipandang. Apa lagi, lihum bapair (senyum meleret) si Utoh Acil
menerimanya.
Ranai guraknyap (sunyi sepi) seluruh Bendang DO kerana setiap buah
rumah telah dikosongkan, penghuninya berpindah ke ruamah Tuan Guru – markas
warga Banjar di Parit 8.
“Mudahanai kita barataan dilindungi Allah ……..Allahuakbar,” ujar
Patuan Guru Hj.Bakri wayah malapasakan bubuhan Banjar nang mamulae bagarak
tangah malam cagar mamaraki markas PKM di muhara Bandang DO.
“Mudah-mudahan kita semua dilindungi Allah…Allahuakbar” ujar Tuan
Guru Haji Bakri ketika melepaskan warga Banjar memulakan gerak menghampiri
markas PKM di muara Bendang DO tengah malam itu.
Mereka bergerak persis Ninja. Yang masih tinggal bersama Tuan Guru
ialah Emoh, Acil, Sukri, Sabran, Ali dan Amat Tuban. Tak ikut serta bukan
bererti penakut tapi ada rencana dan perkiraan tersendiri.
Pagi Sanayan (Isnin), dengan terbitnya matahari di ufuk timur,
maka sampailah sudah saat dan ketikanya warga Banjar di Bendang DO membuat
perhitungan dengan gerombolan haram jadah – tentera PKM.
Sasain (semakin) cariningan (bercahaya) wajah 8 orang perempuan
Banjar yang sudah ditatapi (disolek) dan dibingkingi (didandan). Fuh rasa tak
dapat lagi mamadahakan (menceritakan), rambang mata sekiranya disuruh memilih
tunggal ikungan (satu persatu).
Wajah perempuan yang mulanya takurisit katakutanan (kecut
ketakutan) mula nampak habang (merah), dan juga garang! Membara sungguh
nampaknya kerana baru saja diminumkan air garangsang (jampi) Tuan Guru.
Mudahlah nanti kalau tak ada yang lemah semangat atau lamah buluan (gementar)
bila berdepan musuh. Atau kalau ada yang tak tahan melihat darah mangarabuak
(membuak-buak) di medan pertempuran.
Mak ooii, kabubungasan (cantik sungguh) tiga orang anak dara
ni…milik siapalah gerangan!
Emoh, Acil dan Sabran baru saja didandan manyalumur (menyamar)
jadi bibinian (perempuan). Hebat juga hasil tatapan (solekan) warga perempuan
Banjar di Bendang DO, mungkin juga boleh mengalahkan ‘mak nyah’ yang
terkedek-kedek. Tapi mereka perlu berhati-hati jangan sampai terselak landau
(betis), nanti kelihatan pula bulu kaki hirang (hitam) lebat…pecahlah
tembelang.
Kira-kira jam 9.00 pagi, bajurut (berduyun-duyun) ‘perempuan’
Banjar tersebut berjalan sebaris meghala ke markas PKM di muara Bendang DO,
didahului oleh Ali dan Amat Tuban sebagai wakil penyerahan. Mereka berdua
ditangati (dilarang) membawa sebarang senjata. Tapi, orang Banjar tak kan
sanggup meninggalkan senjata apatah lagi bila menghala ke medan juang. Lading
balati (pisau belati) setajam pisau cukur sudah lama tersisip di pinggang
masing-masing. Cuma baju saja yang membuatnya tak dapat dilihat dengan mata
kasar.
Gerombolan komunis di markas Bendang DO terbahak-bahak ketawa,
macam tak sabar lagi mahadangi (menanti) lebih-lebih lagi tiga orang kepala
komunis bernama Ah Boon, Ah Pau dan Ah Jang “Syok mau mali hooo….”
Asa lilihan (rasa gelihati) pun ada melihat tiga orang “anak dara”
yang berjalan paling belakang kerana masing-masing bakalumbunan (berselubung)
dengan tapih (kain). Umai (mak oi) panyupannya (pemalunya)…malu apa gerangan
kalau tangan menggenggam erat hulu parang bungkol si “Kandal Larap”, si “Mandam
Layu” dan si “Tungkih Kiwang”. Rasa kekok melangkah kerana tak biasa berjalan
memakai kain bairitan (meleret labuh) begitu. Kesiannya…
Patuan Guru Hj.Bakri nang tatinggal manyaurangan matan kada sing
bunyian lagi, tasbih bilang kada sing lapasan ditangan, aur bawirid pang kada
sing mandakan di atas surau. Kakanakan nang halui-halui ginai cakada nang
waninya mamaraki.
Tuan Guru Hj Bakri yang tinggal seorang diri tidak bersuara lagi,
tasbih di tangan langsung tak dilepaskan, berwirid kada sing mandakan (tanpa
henti) di dalam surau. Kanak-kanak yang masih kecil pun tak berani menghampiri.
Jam 10, deretan “perempuan” tiba di hadapan markas PKM di muara
Bendang DO. Lantas si Amat Tuban dan Ali menyerahkan mereka kepada ketua
komunis.
Semakin kuat gelak ketawa mereka, gembira tak terperi ibarat bulan
jatuh kaasuhan (ke riba). Tak disangka warga Banjar seluruh Bendang DO yang
kononnya berani menentang Bintang Tiga hanya omong kosong. Riuh rendah markas
dengan dialog Cina, mengumpat agaknya. Benar-benar celaka 13!
“Hei tepilah…lu sana” salah seorang kepala komunis mahingkau (menengking)
sambil menolak kasar si Ali dan Amat Tuban. Tiga orang kepala komunis terus
memeriksa dari depan ke belakang, menyelak salungkui (selubung) satu persatu.
Rambang mata. Yang lainnya turut sama barumbung (berkerumun) tak ubah seperti
macan (harimau) yang laparkan daging manusia. Akhirnya nyanyat (gian) hingga
tak terjaga lagi markas taktikal.
Sampai kegiliran diyang (gelaran anak dara Banjar) bungas (cantik)
yang kelima, si Ah Boon kepala komunis…
“Ai yaaa…manyak cantik lo ha…” Jarigi bamula pina marayap kapingin
manjapaie pangawak urang. Babaya maragap handak mancium…
“Ai yaaa, manyak cantik lo ha…” jarigi (jari) mula hendak merayap
kerana kapingin (teringin) benar manjapaie (menyentuh). Babaya (baru) hendak
maragap (memeluk) untuk mencium…
“Bangsat, seteru babi haram jadahhh…Allahuakbarrr!!!” hingkau
(tengking) si Emoh sing hangkuian (dengan kuat).
“Nah ambil habuan engkau sangkala.”
Labukkk….si Kandal Larap hinggap ke sasaran tanda patuh kepada
tuannya. Mandabuk kepala si haram jadah jatuh ke tanah bercerai dengan badan,
manggalaguak (membuak) darah dalam jantung membasahi bumi Sungai Manik. Acil
menerkam si Ah Jang yang sedang tergamam.
Labukkk…mata parang si Mandam Layu hinggap, layu dan longlai leher
si Ah Jang terkena libasan parang bungkol si Mandam Layu. Sebiji lagi kepala
ketua komunis gugur ke bumi.
Bukkk…timpasan (tetakan) diayun oleh Sabran. Ternyata benar si
Tungkih Kiwang tak pernah ingkar kepada tuannya – putus dua badan si Ah Pau.
Tungkih Kiwang magun (masih) belum puas – memenggal puluhan gulo (leher) musuh.
Pagat basadinan (putus serta merta), humbalingan (bergelimpangan) kepala
komunis di halaman markas PKM Bintang Tiga.
Bubuhan (warga) Banjar Bendang DO yang sudah setengah malam
basungkup (bersembunyi) dalam parit tak berair bingkas bak cendawan busut,
manyasah (mengejar) anak buah Bintang Tiga yang sedang dalam kapipiyangan
(kebingungan).
“Allahuakbarrr!!!” babaya (sebaik saja) taparak (menghampiri)
musuh yang rahat (sedang) bakatumbahan (lintang pukang), mereka terus
melibaskan parang. Belum sempat mengangkat senapang, tubuh mereka sudah
dihinggapi parang bungkol. Fuh, macam menebang gadang (batang) pisang.
34 orang orang anggota PKM taampar (terdampar) di tangan Banjar
Bendang DO. Darah merah membasahi bumi, mayat galing-galingan (bergelimpangan),
senjata musuh humbalingan (bertaburan). Mandakannya (mujurlah) tak seorang pun
warga Banjar yang terkorban atau tercedera, cuma baju dan seluar mereka saja
yang merah kacuratan (terkena percikan) darah musuh.
Bangsal komunis diselongkar. Ceh, yang ada cuma seguni beras dan
perkakas memasak. Tanpa banyak bicara, Acil memikul guni beras untuk dibawa
balik.
Namun, tak sepucuk pun senjata raifel MK5 yang hambur tauran
(bertaburan) diambil. Tak teringin langsung, tak berkenan atau tak tau menggunakan
makanya dibiarkan begitu saja. Mangararau (merah menyala) mandah (terbakar)
markas kecil PKM di muara Bendang DO disalukut (dibakar). Dengan itu
berbalaslah sudah kematian arwah si Utoh Putih.
Berkubang sakan warga Banjar membersihkan awak (badan) dalam parit
besar di hadapan rumah Tuan Guru Hj Bakri. “Sudahlah” hahalulung (terpekik
terlolong) pakcik Sukri – yang tak turut serta dalam pertarungan – memanggil
mereka naik.
Azan di surau menandakan masuknya waktu Zohor. Selepas meunaikan
solat dan makan tengahari, para pejuang Banjar merebahkan badan kepenatan,
memenuhi anjung, pelantar, serambi dan surau kecuali Acil, Emoh dan Sabran.
Mereka bertiga menceritakan perlaksanaan rancangan yang sarabanya (serba
serbinya) berjalan lancar.
Lihum bapair (meleret senyuman) Tuan Guru Haji Bakri mendengarnya.
Markas besar PKM di Sungai Tungko gempar (gigir) seperti (ilah)
anak ayam kehilangan ibu. Kekalahan yang tidak diduga – tiga orang pegawai
mereka terkorban – bak tikaman duri berbisa dalam sejarah perjuangan PKM di
Hilir Perak. Sementara menanti (pahadangan) ketibaan pegawai lain, tak seorang
pun anggota komunis yang berani menunjukkan muka di Bendang DO.
Lain pula kisahnya dengan warga Banjar yang berhimpun di rumah
Tuan Guru. Lelaki dan perempuan sibuk (auran) menggunting kain bakal dibuat
wafak Selindang Merah.
Tuan Guru Hj Bakri sudah mendapat firasat: pertumpahan darah di
muara Bendang DO tak kan berakhir (tuntung) begitu saja.
Warga Banjara seluruh Sungai Manik harus membuat persediaan awal
untuk menghadapai peperangan terbuka, dan mungkin berpanjangan. Peperangan
seterusnya bukan saja tertumpu kepada penentangan terhadap PKM, tapi melibatkan
sengketa kaum dan agama. Kalau sudah begitu kehendaknya, terpaksalah diteruskan
juga. Alang-alang bermandi darah biarlah sampai ketitisan terakhir.
Mentang-mentang (mantangan) sudah dapat (taulihi) ketua baru yang
datang dari pangkalan PKM di Sungai Galah, Tanjung Tualang, pengganas komunis
di Sungai Tungko makin mengganas (mambala-bala) membalas dendam gamaknya.
Setiap kampung berhampiran (bapaparakan) Sungai Tungko habis diganggu
(diudaki), harta benda di ambil, anak dara dan isteri orang sudah tak berkira
lagi. Siapa yang berani melawan alamat tersungkur (tajalungkup) jadi sasaran
peluru raifel MK5. Anak kecil yang masih dalam buaian (dipukongan) pun turut
jadi korban, tanpa rasa belas kasihan. Tak cukup dengan perlakuan begitu, surau
pula hangus dibakar.
Pejuang kemerdekaan tahi palat lah kalau begini!
“Hampai am hudah saat wan kutikanya warga ku barataan ai…… Karana
Allah wan Rasulnya…….diaku istiharakan Fisabilullah……
Allahuakbarrr!” Siwara Patuan Guru Hj Bakri batakbir saling
hangkuian.
“Sampailah sudah saat dan ketikanya wahai wargaku semua, demi
Allah dan Rasulnya, aku isytiharkan Fisabilullah…Allahuakbar!” suara Tuan Guru
Haji Bakri bertakbir dengan lantang.
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” warga Banjar menyahut
seruan.
Setelah mendengar berita tentang tertewasnya gerombolan komunis di
muara Bendang DO, keluarga Melayu yang menghuni perkampungan di pinggir Sungai
Perak pula yang dijadikan mangsa PKM. Puluhan warga Melayu datang menemui Tuan
Guru Hj Bakri meminta ilmu peperangan. Walaupun hanya diberi minum air jampi,
itupun sudah cukup untuk meyakinkan orang Melayu yang berjanji untuk sama-sama
menyerang PKM di Sungai Tungko.
Sementara itu, warga Banjar pula sebulat suara melantik Acil, cucu
Tuan Guru sebagai Khalifah Fisabilullah – walaupun masih muda tapi ilmu sudah
penuh di dada.
“Dangar, dangar barataan……….isuk imbah subuh kita bagarak manyarang
markas si haram jadah di Sungai Tungko…….Allahuakbar!!!,” ujar si Acil
mahabarakan.
“Dengar, dengar semuanya, esok selepas Subuh kita bergerak
menyerang markas si haram jadah di Sungai Tungko…Allahuakbar!!!” ujar si Acil
memberi taklimat.
Hari masih lagi (magunai) kelam (tatarauan), selepas solat Subuh
dan bersarapan (makan pupuluran) seadanya, warga Banjar yang bakal pergi
menyerang markas PKM masing-masing menyarung pakaian serba putih, selindang
merah melilit badan, tanjak (laung) di kepala juga berwarna merah, parang
bungkol bergemerlapan.
Waduh, melihat pakain begitu pun sudah boleh menimbulkan
kegerunan, itu belum lagi berhadapan – meremang (mamburinjing) bulu roma.
Sebaik saja selesai bacaan doa oleh Tuan Guru, mereka terus menuju Sungai Tungko.
Tak siapa dapat menduga, rupanya gerombolan PKM sudah sedia
menanti ketibaan warga Banjar – seperti sudah dijanjikan. Laras raifel MK5
sedia tertatang, jari melekat di pemetik senapang, dan sebentar lagi bakal
berterbanganlah peluru.
Di surau Parit 8, Tuan Guru Haji Bakri terus berzikir tanpa henti.
Hanya Pakcik Sukri yang ulang alik ke rumah mengawasi anak isteri warga Banjar
yang ditinggalkan demi Fisabilullah.
“Fisabilullah…Lailahaillallah…Allahuakbar!!!” jerit si Acil
sebagai Khalifah perang memberi isyarat bermulanya peperangan.
“Lailahaillallah…” bergema suara warga Banjar berkalimah tanpa
henti.
Selepas itu, kalingungan (bunyi peluru berterbangan), macam air
hujan rancaknya peluru meninggalkan muncung (palumpong) senapang. Gerombolan
PKM tercengang kahairanan kerana tak seorang pun warga Banjar yang dihinggapi
peluru. Tanpa disedari, pejuang Banjar hanya sedepa (sajangkauan) di depan
mata. Galabukan (ekspresi bunyi) mata parang bungkol menetak (manimpas) pantas
(ancap), menghayun sekehendak hati. Senjata api yang dimegahkan (diungahakan)
oleh komunis nyata tidak bermakna lagi. Akhirnya dibuat penangkis tetakan
pejuang Banjar.
Si Kandal Larap dan adik beradik parang bungkol lainnya ketawa
riang bermandikan darah. Cair (lanah) markas besar PKM Sungai Tungko
dihancurkan (diaburakan) warga Banjar Bendang DO. Baju dan seluar masing-masing
basah kuyup, hinggakan boleh diperah kerana dibasahi darah pengganas komunis.
“Allahuakbarrrr…” takbir si Acil khalifah parang bungkol meminta
warga Banjar berhenti (bamandak). Bergelimpangan mayat, merah bumi Sungai
Tungko dibasahi darah. Namun, lima orang ketua PKM terlepas lari (talapas
bukahan) meninggalkan medan peperanagan.
Lari (bukah) bukan sebarang lari. PKM yang pendendam dan kental
(kandal) dalam perjuangan tak akan membiarkan begitu saja.
Belum sampai seminggu selepas pertempuran di Sungai Tungko,
berduyun-duyun (barara) ahli PKM datang dari setiap penjuru (pinjung) pos PKM
di daerah Hilir Perak menghala ke Sungai Manik.
Pertemuan kali kedua lebih hebat lagi. Bukan setakat raifel MK5
saja yang mereka gunakan, bertimbun (batuyuk) Bren Gun dan berpeti-peti
banyaknya bom tangan yang seperti buah jambu batu (karatukul). Namun, tak
sedikit pun dapat melunturkan (manuhurakan) semangat juang warga Banjar Sungai Manik.
Selain parang bungkol, kalimah “Lailahaillallah…Allahuakbar” itulah yang
dipegang (dipingkuti) sebagai senjata utama warga kita.
Peperangan seterusnya tak dapat ditamatkan (dituntungakan) dalam
sehari seperti sebelumnya. Sudah jadi syarat ilmu Tuan Guru Haji Bakri, walau
musuh sedang mengamuk sekalipun, bila sampai masanya untuk berhenti, maka
terpaksalah dihentikan…siapa yang berani melanggar syarat akan menerima padah.
Acil, khalifah parang bungkol Sungai Manik baru saja melaungkan
kalimah “Allahuakbar” sebagai isyarat menghentikan peperangan untuk hari itu.
Seperti biasa, para pejuang Sabilullah berkumpul untuk mengira dan
mengenal-pasti setiap orang, manalah tahu kalau-kalau ada yang gugur, atau ada
lagi yang masih meneruskan pertempuran.
Pernah terjadi seorang warga Banjar tak ada dalam perhimpunan.
Melihat ketiadaan adiknya, si abang melanggar pantang larang dengan berpatah
balik mengejar musuh dengan geram. Akhirnya abang dan adik hilang dan tak
muncul lagi.
Sudah genap sebulan perang Sabil di Sungai Manik, tapi masih belum
menampakkan tanda akan berakhir. Bertimbun, bergelimpangan mayat komunis namun
mereka masih belum serik, malah semakin cekal. Kekuatan mereka bertambah saban
hari, entah dari mana datangnya tak pula diketahui.
Dalam pada itu, gerombolan komunis di Seberang Sungai Perak makin
mengganas, menyiksa dan membunuh orang Banjar dan Melayu di Kampung Gajah dan
Balun Bidai. Orang Cina tidak pula diapa-apakan malah dijaga dengan baik.
Begitu agaknya taktik kotor komunis untuk melemahkan semangat pejuang
Sabilullah di Sungai Manik.
Tinjau bilang barucau batuhui kada sing rantian basanjaan di higa
rumah Patuan Guru Hj. Bakri.
Sepanjang senja, di tepi rumah Tuan Guru Haji Bakri, riuh rendah
murai (tinjau) berkicau tanpa henti.
“Kalau berita baik, bawalah kemari, kalau buruk jauhkanlah”
begitulah selalunya kata-kata orang tua Banjar bila mendengar kicau murai
diwaktu senja. Betapa ada kebenarannya. Selepas solat Isyak malam itu…
“Assalamualaikum!!!” kedengaran suara memberi salam di depan surau.
Serentak jemaah menyambut salam. Setelah diamati (dijanaki)…bergegas (badadas)
Tuan Guru turun ke tanah lalu memeluk sambil menepuk belakang oramg yang
memberi salam.
“Selamat datang adikku” kata-kata aluan Tuan Guru membuat warga
Banjar lainnya terpinga-pinga (tarangakan) kerana tak seorang pun yang kenal
(pinandu).
Masmuda, adik (ading) Tuan Guru Hj Bakri baru saja tiba dari Batu
Pahat. Si Acil terus menerkam datuk saudara (paninian mamarina) yang tidak
kurang hebatnya. Ialah, kalau sudah sedarah sedaging, ke mana lagi tumpahnya
ilmu.
Perang Sungai Manik sedang rancak, keadaan di Balun Bidai dan
Kampung Gajah semakin genting. Saban hari gerombolan komunis mencari pasal.
“Tak boleh dibiarkan, semakin menjadi-jadi benar keganasan mereka”
rungut Tuan Guru Hj Bakri bercampur marah.
Para pejuang Sabilullah sepakat melantik Masmuda sebagai Khalifah
perang mengganti Acil di Sungai Manik. Tuan Guru Hj Bakri dan Acil pula akan
turun ke Balun Bidai secepat mungkin.
Wafak Selindang Merah dibuat khusus untuk warga di seberang Sungai
Perak. Salah seorang tukang tulis kalimah Allahuakbar Selindang Merah bernama
Asmuni.
Hj Asmuni, tukang tulis kalimah Allahuakbar di Selendang Merah
sedang memegang tongkat peninggalan arwah Tuan Guru Haji Bakri
Pertama kali Masmuda memimpin pejuang Sabilullah di Sungai Manik,
ketara benar kehebatannya. Musuh melepaskan tembakan ke atas, peluru
berterbangan seperti air hujan menerjah angin kosong (puang). Pada pandangan
mereka, para pejuang Sabilullah semuanya tinggi, setinggi pohon getah maka
itulah mereka asyik menghalakan tembakan ke atas. Ketika itulah para pejuang
Sabilullah menyerbu, menebas, menetak dan memancung musuh. Baru sekejap, bersih
(lingai) medan pertempuran.
Namun, antara musuh yang gugur di hujung parang bungkol pejuang
Banjar, terdapat ramai yang menyebut kalimah Allah. Setelah diamati ternyata
mereka adalah orang Melayu dan Banjar yang sudah terpedaya menyertai perjuangan
komunis. Dalam pertempuran sukar untuk mengasingkan antara Banjar, Melayu dan
Cina kerana mereka semuanya menyarung pakaian seragam Bintang Tiga.
Para pejuang PKM masih lagi berdegil, tak mengerti makna putus
asa. Sambil menanti bantuan dari Sungai Karang seberang Teluk Anson, mereka
meneruskan (manyalajurakan) perjuangan.
Mujurlah (madakannya) Allah tidak mengizinkan. Tongkang yang sarat
membawa gerombolan PKM karam di tengah Sungai Perak, tak jauh dari Pulau
Galagak dekat pelabuhan Teluk Anson.
Melambak gerombolan Cina komunis yang tak pandai berenang
(bakunyung) tenggelam batu dan mati lemas. Manakala gerombolan komunis bangsa
Melayu dan Banjar yang rata-ratanya pandai berenang terselamat dan sempat
berenang ke Pulau Galagak. Kalau tidak, pastinya sesama Islam bakal bertempur
di Sungai Manik. Sesungguhnya Allah lagi maha mengetahui.
Berita yang melemahkan perjuangan PKM – ranapnya pejuang mereka di
Sungai Manik di tangan warga Banjar di bawah pimpinan Masmuda, panglima
Selendang Merah Batu Pahat, Johor.
Dalam pada itu, ramai orang Melayu dan Banjar di Balun Bidai,
Kampung Gajah dan kampung-kampung berhampiran memilih untuk lari ke dalam hutan
meninggalkan rumah masing-masing kerana komunis semakin mengganas, menembak
rumah membabi buta. Mengamuk kononya. Untuk apa melepaskan geram terhadap
mereka yang tak tahu menahu!
Lain pula ceritanya dengan kaum Cina yang menghuni kawasan
sekitar. Hampir semuanya menyokong perjuangan PKM, dan kerana itulah mereka
tidak di ganggu.
Tuan Guru Haji Bakri, Acil dan Emoh selamat menyeberang Sungai
Kinta dan sampai di Kampung Changkat, Bayas, Balun Bidai. Sungguh tak disangka
rupanya warga Banjar di situ tak juga kurang keberanian mereka.
Acil pula dilantik sebagai Khalifah surau Changkat Bayas, markas
pejuang Sabilullah di Balun Bidai. Selendang dan tanjak merah yang dibawa dari
Sungai Manik diagih-agihkan sehelai seorang. Pun begitu, sekiranya ada yang
memiliki ‘wafak’ sendiri, mereka dibenarkan memakainya. Begitulah cara orang
Banjar – walau setinggi mana pun ilmu sendiri, namun ilmu orang lain tetap
dihormati. Mencerca (mawada) menghina (mahapak) kebolehan orang lain bukan
Banjar namanya.
Siang malam kedengaran bunyi tembakan di pinggir Balun Bidai,
entah apa yang mereka tembak tidak pula diketahui. Membunuh dan menyiksa orang,
itu sajalah kerja mereka. Setengahnya bertujuan menakutkan – konon komunis
masih lagi kuat walaupun sudah tewas di Sungai Manik. Hii, geram betul.
Pada mulanya hampir tujuh puluh orang warga Banjar yang sanggup
turut serta sebagai pejuang Sabilullah. Yang penakut (pamburisit) dibenarkan
tinggal mengawasi anak isteri mereka yang bakal pergi menyerang markas PKM di
tebing Balun Bidai. Tuan Guru Haji Bakri tetap seperti biasa – bersendirian
berzikir dan membaca ayat-ayat di surau. Sampai saat dan ketikanya, pergilah
para pejuang menuju sarang komunis di tebing Balun Bidai.
Lailahaillallah…Allahuakbar!!!” maka bermulalah perang sabil di
daerah Kampung Gajah, Perak.
Khalifah Acil yang masih muda sudah berbulan menentang musuh di
Sungai Manik. Boleh dikatakan setiap kali pergi berjuang, darah musuh sampai
kering di badan. Medan pertempuran dibuatnya seperti padang permainan. Degil,
menari (baigal) menahan tembakan komunis membuat musuh semakin geram. Ditembak
tak langsung memberi bekas.
Musuh semakin menghampiri para pejuang Sabilullah.
“Timpasss!!!” (tetak) ujar si Acil berteriak. Apa lagi, parang bungkol
terus mandi darah.
Peperangan di Balun Bidai melahirkan seorang lagi wira Banjar
bernama Mawi, pemilik parang bungkol bergelar si Kajang Rungkup. Kalau
berhadapan musuh, dia tidak teragak-agak untuk menerkam (marungkup) dan
menyembelih, seperti menyembelih leher lembu. Yang menghairankan, musuh yang
sudah kena terkam langsung jadi lemah tak bermaya untuk melawan. Itulah
keajaiban parang bungkol si Kajang Rungkup.
Setelah berakhir perang di Balun Bidai, Acil diberi gelaran “Acil
Wani” (Acil Berani). Sebut saja nama Acil, seluruh warga Banjar kenal padanya.
Bela (haragu) bukan sebarang bela, bela ada muslihat (sipatan).
Warga Cina yang ramai bermastautin disetiap pelosok Kampung Gajah sudah mula
mencebik (kulibian) bila bertemu orang Melayu.
“Wahai kaumku, perang sabil saja diolah (dipiulah) oleh orang
Melayu yang banyak menjurus kepada perkauman. Mereka merancang untuk
menghapuskan bangsa Cina seluruh Tanah Melayu, itulah tujuan sebenarnya.
Tergamakkah (purunkah) tuan-tuan membiarkan bangsa sendiri hancur lebur
dipijak-pijak (dilincai) orang Melayu? Tentunya kalian tak sanggup. Nah apa
lagi yang ditunggu, jom kita bersatu, kita tentang sampai ketitisan darah
terakhir!” begitulah bunyinya kempen PKM setiap kali bertemu orang Cina di
Kampung Gajah. Mereka yang sudah rasa terhutang budi kerana selama ini
dilindungi, dijaga sebaiknya oleh PKM akhirnya bersetuju berjuang demi bangsa
dan agama mereka.
Orang Cina tak dapat melihat muslihat disebalik kemanisan
kata-kata PKM – memperbodoh (mawalohi) orang Cina untuk kepentingan sendiri
dengan melagakan (menyaung) Cina dan Melayu. Betapa tidak, sudah banyak
pengganas komunis kecundang di tangan pejuang Banjar.
Orang Cina mula menghimpunkan serba serbi (sarabanya) keperluan –
parang besar, parang bengkok, kayu pengandar tempinis seadanya dengan tujuan
untuk berperang. Sekiranya terserempak dengan orang Melayu, tak kira kecil atau
besar bakal habislah mereka kerjakan.
Pertemuan secara berdepan antara pejuang Sabilullah dengan orang
Cina dan pengganas komunis di pinggir Kampung Sungai Galah tak kurang jua
sengitnya dibandingkan dengan yang sebelumnya. Lenguh (katuran) tangan warga
Banjar kerana terlalu pantas (ancap) mengayun (mailai) parang bungkol. Baju dan
seluar basah kuyup (jimus) dengan darah. Mayat musuh bergelimpangan di sana
sini, namun jumlah mereka masih belum berkurangan (rawak), malah semakin ramai
(manjarau).
“Allahuakbar, Allahuakbar, Allahuakbar!!!” jerit si Acil tiga kali
sebagai isyarat supaya berundur seketika untuk menghilangkan penat dan membuat
strategi lain. Melihat pejuang Sabilullah mula berundur, warga Cina riuh
mangajuk (mauyati) zikir Lailahailallah.
“Lailahailalit…Malayu kasi habit!!!” mereka merasakan sudah
beroleh kemenangan.
Mendengar zikir dipermainkan, Mawi si Kajang Rungkup hilang sabar.
Serta merta dia berpatah balik mengejar musuh. Sayang, hajatnya untuk menerkam
tak kesampaian. Bertalu-talu peluru Bren Gun komunis hinggap ke badan. Huyung
hayang (tajumpipir) Mawi lalu rebah.
“Habislah Mawi!!!” semua warga Banjar yang melihat terasa sedih.
Tak sampai 10 minit berselang, Mawi yang bergolek kesakitan
(bapangsar) di atas tanah bingkas bangun.
“Mati aku, mati aku, mati aku!” ujar Mawi yang berlari anak (bukah
maanak) balik ke kumpulan, sambil mengibas (bakipuh) membuang peluru yang sudah
leper yang melekat (marikit) penuh (papak) seluruh badan. Mawi yang disangka
sudah mati rupanya masih (magunai) hidup.
“Bah rasa berbahang (mambarangat) Cil ai…hampir (manggisit)
terbakar (mandah) aku abang (kakak) Emoh ai!” ujar Mawi mengadu. Khalifah Acil
ketawa terbahak-bahak, tak dapat menahan kelucuan teringat karenah Mawi.
Senyum meleret (lihum bapair) si Emoh sambil mengipas Mawi yang
sedang kepanasan, tapi masih lagi boleh bergurau (bahuhulut). Begitulah karenah
orang Banjar.
Mawi, kalau belum sampai ajal sememangnya kebal. Bukan sekali dua
dia bakipuh begini.
Masa bertugas sebagai Home Guard mengiringi tuan lombong orang
Inggeris Changkat Tin, dia pernah diserang hendap oleh Bintang Tiga ketika
sedang menaiki Loko (keretapi kecil pengangkut bijih timah). Terpandang tuan
orang Inggeris yang sudah mati terkena tembakan, Mawi melepaskan raifel di
tangan lalu mengejar komunis dengan parang bungkol. 5 orang pengganas maut
(jingkar) ditetak dengan Kajang Rungkup. Entahlah, adakah anak-anaknya yang mewarisi
ilmu si bapa!
Hari semakin lewat (landung), para pejuang Sabilullah terpaksa
meninggalkan medan perjuangan kerana masa dan ketika untuk berhenti sudah pun
tiba. Musuh masih riuh berteriak (karahongan) mengajak berlawan tanda tak puas
hati, tapi setelah tak dilayan, mereka pun senyap. Mawi yang masih sakit
seluruh badan (ringkutan saawakan) ditandu balik.
Sementara itu, orang Melayu dari Kampung Gajah berduyun-duyun
datang menemui Tuan Guru Haji Bakri di surau Changkat Bayas. Tak sampai sepuluh
orang yang sempat (sawat) memperoleh selendang merah kerana itu sajalah baki
yang ada. Walau bagaimana pun, semuanya diberi minum air perangsang (banyu
garangsang) dan diberi amanat – kalau boleh, hapuskan saki baki dan zuriat
komunis di Kampung Gajah.
Memang menjadi, tak sia-sia pemberian Tuan Guru. Tak sempat
menunggu esok sudah riuh dan gempar orang Melayu menyerang orang Cina di
Kampung Gajah. Di mana saja terdapat kediaman mereka, habis dimusnahkan.
Orang Melayu di Kampung Gajah sudah jadi berani setelah menuntut
ilmu orang Banjar – angkara Ali Amin yang memperdagangkan ilmu kepada orang
Melayu.
Ali Amin…..kerana tak mahu bekerja seperti orang lain, bila tak
berduit, ilmu dijualnya. Hampir tercetus pergaduhan dimarahi Acil dan Emoh.
Oleh kerana malu, akhirnya dia meninggalkan Balun Bidai, dan terus hilang tanpa
berita.
Sudah tiga hari para pejuang Sabilullah merehatkan badan. Esok
pagi bakal bermula perjuangan baru – menyerang musuh di pinggir Kampung Sungai
Galah. Menurut firasat Tuan Guru Hj Bakri, peperangan esok mungkin yang
terakhir. Para pejuang memujuk Mawi supaya jangan turut serta kerana masih
belum sihat sepenuhnya. Tapi orang yang keras hati sepertinya tak makan pujuk.
“Napa garang pamburisit banar ah diaku nia tih?” ujarnya
mamburangsing.
“Kenapa gerangan, penakut benarkah aku ni?” ujarnya dengan nada
marah.
Sepetang suntuk Mawi bersilat memantapkan langkah 12 (seni silat
orang Banjar), dengan tujuan untuk menerkam bersungguh-sungguh agaknya. Serba
salah (saraba ngalih), kalau ditinggal, mau saja menonong (mangunyur) mengikuti
dari belakang (manunti) seorang diri. Selepas dibenarkan (diinggihakan) barulah
dia senyap (ranai).
Zikir Lailahaillallah tak berhenti-henti, musuh yang sudah
bersedia menanti begitu ramai.
“Fisabilullah Allahuakbar!!!” laung Khalifah Acil sambil berlari
di hadapan menghampiri musuh. Kelentungan (kalintingan) senjata berlaga. Orang
Cina pun apa kurangnya – bermacam kebolehan dan kemahiran dipamer dalam
perjuangan penentuan antara hidup dan mati.
Sedang rancak bertarung, orang Cina terpinga-pinga kerana dengan
tiba-tiba kelibat orang Banjar sudah tidak kelihatan. Pengganas komunis yang
bijak bersembunyi di merata penjuru mula keluar dari tempat persembunyian untuk
mengejar dan mencari pejuang-pejuang Banjar. Hilai ketawa mereka membayangkan
seperti sudah mencapai kemenangan.
Namun, kegembiraan mereka cuma sementara. Sungguh tak disangka,
tiba-tiba parang bungkol berterbangan sendirian macam air hujan menetak
(manimpas), melibas (merawis) dan menikam (manyuduk) hingga tak dapat dielak.
Banjir (baah) Kampung Sungai Galah dengan darah. Lintang pukang pengganas
komunis lari menghala ke hutan Tambun. Tak boleh ditunggu (kada magan di
hadang) lagi kerana lailahailait Cina sudah potong habit.
Bagaimana (dimapang) parang boleh terbang sendiri kalau tak ada
kudrat dan iradat yang mengarahkan. Sebenarnya orang Banjar jua yang
bersungguh-sungguh (bahimat) menetak (manimpasi), cumanya mereka tidak
kelihatan kerana sudah berada di alimul (alam) ghaib.
Keberanian orang Banjar turut menaikkan semangat orang Melayu di
merata tempat. Perkampungan Cina di sepanjang Sungai Perak dan Chenderong Balai
ranap dibakar dik dendam orang Melayu yang sudah lama menderita ditindas
komunis. Selepas itu barulah tentera upahan British bangsa Punjab tiba untuk
mengamankan Sungai Manik dan Kampung Gajah.
Sejak itu, tidak ada lagi orang Cina di Kampung Gajah. Saki baki
pengganas komunis yang masih hidup lari ke dalam hutan.
Tuan Guru Haji Bakri, 57 tahun kembali ke Rahmatullah di Mekah
tanggal 26 September 1950.
(This text is for my future generation).
No comments:
Post a Comment