The Malays came out in Kuala Lumpur with full force (not so
full, as I did not participated) on 16 September 2015 on Malaysia Day. This was
to counter the Bersih 4 Rally which was dominated by the Malaysian Chinese on
the eve of Merdeka, 29 pm, 30 and 31 August 2015 midnight.
The Malays were practically angry with Bersih 4 participants
mainly because they did not respect the celebration of Merdeka (Independence),
they carried broom which is a bad omen to the Malay race and they stomped on
the portrait of the Malaysian Prime Minister and the Leader of another Malay
political party, PAS who is also Malay.
Personally, I am being a Malay race also get very annoyed
with the ill bred and poor upbringing of this species. The Malay terms it as
“kurang ajar”. Honestly my perception of the Chinese changed after Bersih 4.
For my archive and others as well, here are the photographs
taken from facebook and blogs of others.
The Malays are peace loving race but they can run amok when agitated. The word “amok” is a Malay word in the Oxford Dictionary.
Bila mereka bersuara dikatakan perjuangan. Sebalik nya bila
MELAYU bersuara dikatakan RASIS.
Apa ni?
Extract from Blog: Badut Rakyat.
Seorang Perdana Menteri Malaysia yang dikagumi pernah berkata
bahawa sekiranya kaum bukan Melayu di negara kita berjuang dan menuntut hak
mereka walaupun mereka tidak wajar meminta-minta selain dari apa yang telah
ditentukan perlembagaan, maka itu mereka menganggap 'perjuangan' kaum
mereka. Namun,sekiranya bangsa Melayu tampil bersuara menyatakan hak dan
mempertahankan kedudukan bangsa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam
perlembagaan,maka ia dianggap oleh masyarakat bukan Melayu itu sebagai rasis
atau perkauman. Setuju atau tidak,itulah yang pernah ditegaskan oleh mantan
Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika beliau menjadi Presiden UMNO
selama 22 tahun. Ketika itu ramai yang bertepuk dan bersetuju dengannya, kecuali
DAP dan parti pembangkang. Walau bagaimanapun,polemik itu sudah bertukar di
zaman pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Malah,Tun Dr
Mahathir sendiri sanggup 'menjilat' kembali 'ludah' nya
apabila mengkritik keras himpunan Rakyat Bersatu yang berhimpun cuba
mengembalikan maruah bangsa Melayu yang kian tercalar dan dicabar.Himpunan
tersebut langsung tidak menafikan hak kaum lain di negara kita,namun mereka
dituduh sebagai rasis. Padahal mereka hanya berhimpun untuk membuktikan suara
Melayu masih lagi mampu 'menggegarkan' negara.
Dalam pengamatan penulis mengenai 14 resolusi yang disimpulkan
pada himpunan 'baju merah' itu,tiada satu pun darinya yang
menafikan hak kaum lain di negara kita. Malah tidak ada satu pun yang
bersalahan dari perlembagaan negara. Sama ada tujuan mahupun resolusi himpunan
Rakyat Bersatu, mereka hanya menyuarakan tentang ketidakpuasan hati terhadap himpunan
Bersih 4 yang berhimpun secara haram, melakukan provokasi perkauman terhadap
dua pemimpin parti Melayu Islam terbesar negara. Malah,himpunan 'baju
merah' itu hanya berhimpun untuk mempertahankan hak serta keistimewaan
bangsa Melayu sebagaimana yang termaktub di dalam perlembagaan. Apa salahnya?
Di mana pula timbul rasisnya? Apa yang penulis kesalkan,ada pula beberapa 'si
kitul' dari kalangan bangsa Melayu itu sendiri yang mengatakan himpunan
tersebut sebagai kegiatan negatif yang berunsur perkauman. Apakah itu maksud
sebenar perkauman di akal mereka? Jadi, apakah himpunan-himpunan yang dilakukan
oleh pejuang-pejuang bangsa dan nasionalis sebelum merdeka itu juga dianggap
sebagai perkauman atau rasis? Sekiranya benar ia perkauman, maka kemerdekaan
Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957 dulu terbina dari asas perkauman?
Apakah masyarakat bukan Melayu di Malaysia ini fikir Melayu tidak punya
perasaan? Boleh dihina,diherdik,dicabar dan dipersenda sesuka hati mereka? Bila
Melayu bangkit, maka Melayu itu dituduh sebagai rasis? Apakah yang akan berlaku
jika ada di kalangan bangsa Melayu yang sengaja mencetus provokasi menghina, mencabar,mengherdik
dan mempersenda kaum Cina? Marah, bukan?
Jelaslah kaum Cina punya perasaan. Tapi bangsa Melayu ini tiada
perasaan,kah? Apabila tuan rumah sanggup berkongsi rumah, periuk belanga di
dapur, berkongsi bilik,berkongsi ruang tamu, bertolak ansur di ruang laman, berkongsi
bilik air dan serba-serbinya dikongsi bersama, apakah wajar 58 tahun kemudian
tuan rumah itu dinafikan hak untuk bersuara menyatakan haknya di dalam rumah
sendiri? Apakah dengan berbuat demikian maka tuan rumah itu wajar dilabel
sebagai rasis? Sekiranya penulis bersama ribuan bangsa Melayu bermastautin di
China selama puluhan tahun buat 'macam rumah sendiri', dan kemudian kami
persoal, mencabar dan mempersenda hak dan keistimewaan bangsa Cina di negara
itu, apa agaknya yang akan berlaku? Apakah bangsa Cina di negara China yang
marah dengan tindakan kami itu wajar dituduh sebagai rasis? Pada pandangan
penulis, bangsa Melayu tidak meminta untuk disembah mahupun dipanggil 'bos'.Namun
cukuplah sekadar tahu diri sendiri, kedudukan masing-masing dan hak
masing-masing tanpa mempersoal hak yang lain. Menuntut hak ada batasannya. Sekiranya
hak itu termaktub di dalam perlembagaan, kontrak sosial atau jus soli, maka ia
wajar ditunaikan. Namun sekiranya tiada, tidak wajarlah mengada-ngada hendak
itu dan ini. Itu melampau namanya...
Penulis menyeru kepada semua rakan-rakan bukan Melayu supaya
memahami sensitiviti dan cuba berasimilisasi dengan agama,budaya dan adat resam 'tuan
rumah' bagai dulu. Penulis yakin,bangsa Melayu bukanlah bangsa yang
tidak berhati perut. Jika Melayu kejam,sudah pasti jus soli itu tidak wujud. Cuba
cari apa maksudnya jus soli itu. Penulis sememangnya sangat menghormati 'orang
lama' dari kaum Cina dan India. Mereka amat menghormati dan tahu
menghargai bangsa Melayu. Berbeza benar sikap dan pendekatan mereka dengan
generasi bukan Melayu yang hari ini. Justeru itu, penulis berharap agar rakan-rakan
bukan Melayu renung semasak-masaknya tentang pengertian kontrak sosial, jus
soli dan perlembagaan negara. Renungkan sejauh mungkin dan fahami, mengapa
bangsa Melayu mula bangkit bersuara... - UN
No comments:
Post a Comment