Nik Aziz & Ambiga. |
(Special edition in Bahasa Malaysia).
Khas untuk sahabat sahabat saya yang menganuti PAS yang mengikuti Blog ini.
Harussani
Bongkar Kisah Politik PAS.
“Bahkan dari awal sejarahnya bapa saya semua ahli UMNO. Tapi
apabila tertubuh PAS dan PAS kemudian keluar daripada UMNO, semua masuk Pas..
tapi PAS waktu itu lebih bertujuan kepada dakwah.
“Berdakwah kepada
orang supaya kita ni menjalankan hukum Islam dalam Negara ini dan dalam ceramah
berbangkit tentang masalah hukum dan sebagainya dan masalah yang wajib kita
lakukan,” katanya.
Beliau menjelaskan bahawa “ini cukup baiklah…saya juga pernah
mengikuti semasa saya kecil lagi masa itu..bahkan saya baik dengan ketua PAS
waktu itu, namanya …Helmi (minta wartawan semak nama sebenar).
“Dia baik dengan saya, dia sakit saya pergi ziarah dan kami
selalu berbual namun …cara dia bercakap dia cukup bersetuju dengan cara
perjuangan untuk kita menegakkan Islam di negara ini.
“Akhir-akhir ini kita
melihat perkara itu tidak berlaku lagi bahkan saya melihat PAS sudah menuju
seolah –olah menjadi `tekong’ kepada perpecahan umat Islam dan orang Melayu.
“Banyak contoh boleh diberi seperti umpamanya pada akhir tahun
1970 an berlaku di Kedah. Orang- orang Islam iaitu orang UMNO menyembelih ayam
sepikul lebih (terpaksa) dibuang ke dalam sungai kononnya haram (tidak halal)
dimakan.
“Jadi saya katakan sedangkan Yahudi nasarah dibenarkan Tuhan
halal sembelihannya bagaimana orang Islam yang sembahyang lima kali sehari,
jadi imam pula tidak boleh sembelih… haram.
“Yang kedua yang paling menyayat hati
saya ialah abang ipar saya seorang ahli PAS dan dia seorang peniaga kedai
runcit di tempatnya tu di Kedah jugak..yang datang membeli banyak orang PAS dan
orang UMNO pun ada.“Kebetulan satu ketika seorang ketua UMNO di kampong itu
meninggal dunia,.jadi abang ipar saya datang menziarah dan kerana itu saja dia
dipecat daripada parti dan dipecat dari ahli khairat kematian,” katanya.
Kerana insiden itu Harussani menjelaskan abang iparnya telah
diboikot sehingga terpaksa tutup kedai dan kembali memotong getah semula
“..sampai begitu mereka buat dia..jadi dia datang jumpa saya . . .tapi saya
kata sabarlah orang begini tak boleh buat apa.
“Banyak lagi yang saya
bangkitkan umpamanya akhir-akhir ini kita lihat ceramah-ceramah yang dibuat
oleh pemimpin PAS merupakan kutukan, cacian, laknat sedangkan itu adalah
larangan Allah . . . jadi itu bukan dakwah lagi.
“Kalau sudah seorang ustaz, berceramah
mengutuk, memaki hamun dan sebagai nya maka orang menganggap itu halal mengikut
masa itu..kutukan umpamanya kita lihat saja apabila Majlis Fatwa Kebangsaan
mengatakan bahwa (demonstrasi) Bersih 3.0 itu haram kerana telah bertukar corak
kepada keganasan sebagainya.
“Dia orang kata
apa…mufti-mufti tidak lebih daripada anjing, jadi bolehkah kita mengelar orang
anjing? Ini satu perkara yang sangat bertentangan samasekali dengan hukum
syarak. “
“Jadi kalau itu yang
dibawa sekarang maka dia bukan lagi membawa kepada Islam..dia membawa kepada
syaitan..parti syaitanlah kalau memaki hamum dan sebagainya. Parti syaitanlah
kerana syaitan itu nak membawa kepada perpecahan” ujarnya.
Mufti Perak berkata “bila kita lihat berlaku di Terengganu dan
beberapa tempat (sembahyang) dua imam…kita di masjid hanya satu imam, satu
kariah itu satu imam. Kita sembahyang . … sepatutnya kenapa kita berpecah dan
ini dihalalkan oleh pihak pemimpin PAS.”
“Dan ini saya merasa pelik keadaan-keadaan seperti ini sehingga
berpecah . . . dalam sekampung berpecah, kenduri pun berpecah jadi ini buruk
sungguh keadaan Islam
”Bukan buruk daripada orang itu saja bahkan kita melihat
seolah-olah syariat Islam itu terlalu buruk..jadi itu yang dinilai orang-orang
kafir sekarang.
“Kerana itu Islam tidak pernah mendapat tempat pada orang kafir
di Malaysia kerana melihat keadaan orang Melayu yang beragama Islam . . .
sudahlah hidupnya susah dalam negeri yang kaya ..asyik berpolitik di kedai-kedai kopi dan sebagainya langsung tak buat kerja . . . berkelahi sesama
sendiri.
Katanya “Inilah yang menjadikan masyarakat kita makin mundur dan
sebagainya.
“Akhir-akhir ini pula banyak fatwa
dikeluarkan iaitu menyamakan tunjuk perasaan Bersih 3.0 itu disamakan dengan
saf jemaah bersembahyang..kita sembahyang beribadat bukan tunjuk perasaan
kepada Tuhan…kita mengadap bersyukur kepada Allah swt.. Dia (Allah) suruh kita
bersatu, bahkan dalam bersembahyang kita diwajibkan berjemaah . . .”
“Bermakna kita bersatu tapi kita di sini sekarang diwajibkan
berpecah . . ..itu satu perkara yang bertentangan.
“Kemudian ada pula yang menyamakan dengan mengatakan Omar Ibnu
Khattab pernah menunjuk perasaan . . . sebenarnya Omar tidak menunjuk perasaan
tapi dia memulakan dakwah secara terang terangan.
“Ini kerana Saidina Omar apabila memeluk Islam dia bertanya
apakah ini agama yang benar dari Allah . . ..Rasullulah menjawab ia… kenapa
kita duduk bersembunyi.,.dia terus bertakbir dan hentam orang jahiliah.
“Begitu juga isteri-isteri Nabi tidak pernah menunjuk perasaan
kepada Nabi kerana tidak cukup makan .. Cuma itulah bila kita tunjuk perasaan
ini satu penghinaan kepada sahabat-sahabat Rasullullah .. .”
“Ini bukan perbuatan
orang-orang ahli sunnah tapi perbuatan syiah..dan terakhir ini kita ada
mendengar fatwa kata mengundi parti itu masuk syurga, tak mengundi masuk
neraka.. apakah neraka syurga ini boleh ditentukan oleh manusia atau ditentukan
oleh Allah swt.
“Jadi hal-hal sebegini sedang berlaku sehingga menimbulkan
kegelisahan dalam masyarakat, jadi kerana itu sebagai seorang mufti bukan
kerana politik saya memberi nasihat dan memberitahu bahawa tunjuk perasaan dengan
niat untuk mengguling kerajaan itu satu perkara salah.
“Kerana kerajaan yang sah
sekarang diketuai oleh seorang Islam iaitu Yang diPertuan Agong, Raja-raja dan
dipimpin sekalipun . . . haram kita memberontak.
“Tapi sekarang ini orang dah pakai demokrasi, bila pakai
demokrasi, kita ada jalan untuk menurunkan kerajaan dengan mengundi tapi bukan
dengan cara tunjuk perasaan, dengan menimbulkan kekacauan . . .”
Harussani menjelaskan lagi“Saya tidak mengatakan siapa yang
benar siapa yang salah tapi apa yang kita lihat perkara yang dilakukan itu
bertentangan dengan hukum syarak. Pertama, dataran itu (Dataran Merdeka)
dimiliki oleh DBKL .. . DBKL tidak membenarkan membuat tunjuk perasaan di situ
maka tidak boleh pergi.”
“Kerana Allah menyebut
dalam Quran kita tidak boleh masuk ke dalam rumah melainkan kita minta
kebenaran. Jadi kita kiaskan itu hak milik bukan di rumah saja, kalau kampong
orang orang tak bagi masuk, tak boleh masuk .
Katanya lagi “Kedua
kita tidak boleh merosakkan harta benda tapi kita lihat terang terang (mereka)
merosakkan harta benda, memukul orang sehinggakan kereta polis pun dirosakkan,
anggota polis dipukul dan seorang wartawan hampir mati kerana mempertahankan
anggota polis itu.
“Ini kita pelajari dari tunjuk perasaaan pertama (Bersih 1.0)
kedua (Bersih 2.0) dan ketiga (Bersih 3.0), jadi ini dah tak betul, jadi kerana
itu saya kata ajarannya banyak menyeleweng daripada ajaran Islam yang
berasaskan kepada empat asas.
“Iaitu Islam berasal daripada silmun maknanya kedamaian, yang
kedua salamun berasal daripada pokok perkataan salam.
“Salam maknanya kesejahteraan, yang ketiga sulamun maknanya kita
menuju ke peradaban yang tinggi.. .manusia ini meningkat darjahnya,
perwatakannya dan yang keempat kita menyerah bulat-bulat kepada Allah..
Dengan nada kesal Harussani berkata “Tapi ini Islam dikaitkan
dengan semua itu tadi ..jadi ini yang saya merasa cukup terpanggil dan terkilan
untuk membuat kenyataan walaupun saya tidak hadir dalam ,majlis fatwa yang lalu
kerana saya dalam keuzuran tapi saya rasa terpanggil untuk menjawab dalam surat
khabar apabila dikatakan ahli majlis fatwa kebangsaan ini tidak lebih daripada
anjing.. .bolehkah
kita mensifatkan ulama sebagai anjing?.
Katanya “Ini satu perkara yang cukup berat dan saya lihat kalau
itu tidak disetujui oleh ketua-ketua PAS tapi tidak ada langsung pun teguran
daripada mereka . . . . sepatutnya mereka menegur orang dibawah supaya tidak
bersikap demikian.
“Tapi seolah-olah mereka menyokong. Saya rasa terpanggil untuk
menyatakan yang hak dan saya bukannya daripada parti manapun .
“Tapi apabila diselewengkan maka saya wajib menegur beliau . . .
jadi Nik Aziz ini memang patut ditegur kerana terlalu banyak. . . . Nik Aziz pernah mengelar mufti-mufti
(sebagai) terompah kayu dan macam macam lagi dan ini dia memburukkan nama
sahabat nabi dengan mengatakan para sahabat tunjuk perasaan kepada Tuhan.
“Kemudian ibadat
disamakan dengan tunjuk perasaan ini semuanya salah jadi kita jangan telan
bulat-bulat perkara yang salah..walaupun dia seorang ulama, mungkin dia
terlajak maka itu saya memberi peringatan supaya jangan . . . . saya tak ada musuh dengan sesiapa ..selama inipun doa saya tak
pernah tinggal tiap-tiap lima kali sembahyang minta Allah ampuni seluruh umat
Islam.
Menjawab satu soalan bahawa PAS sudah terikut-ikut dengan DAP
sehingga dilihat sanggup menggadai prinsip,Harussani berkata:
“Peringkat awal dulu kenapa PAS keluar daripada Perikatan? Masa
itu kenapa bila ditubuh Perikatan, PAS keluar kerana tidak mahu sekongkol
dengan orang kafir masa itu, keluarlah fatwa bersekongkol dengan orang kafir
jadi kafir..tapi hari ini orang yang terang terang menentang Islam, yang
katakan langkah mayat (dia) kalau nak laksana hukum Islam.
“Yang kedua kita melihat Ambiga (Datuk) sebagai ketua dalam
majlis peguam dulu telah merangka beberapa undang undang untuk menjatuhkan
Islam dengan hendak menubuhkan IFC dan (perkara) ini mufti tentang waktu itu.
Beliau hairan kerana
“orang ini pula yang kita sokong, kemudian kita dengar akhir-akhir ini, PAS
melantik orang bukan islam . . .apakah kita akan mengharap orang bukan Islam
untuk membela dan bangun untuk menegakkan islam?
“Quran banyak sekali meletakkan ayat-ayat supaya kita jangan
melantik ketua kita orang bukan Islam.
Nasihatnya kepada puak-puak ini dan umat lslam seluruhnya ”. . .
kita (perlu) berhati-hatilah
dalam masalah agama ini, kita lihat betul- betul, jangan kita hanya taksub
kepada orang atau parti sehingga kita sanggup melakukan perbuatan-perbuatan
yang salah dan melanggar hukum Allah. “
Harussani mengakhiri interbiu itu dengan berkata “Inilah peringatan
saya sebagai orang tua yang masih diberi Tuhan kuasa bercakap, kalau tak mahu
dengar itu terpulang . . .Kita hanya menyampaikan”, katanya.
Ketika menjawab tuduhan Menteri Besar Kelantan mengenai dirinya
campurtangan dalam politik, Harussani selain menafikan tuduhan PAS itu.
“Tuduhan tok guru Nik Aziz bahawa saya campur politik . . .ia
tidak betul, saya selama ini tidak mencampuri mana-mana parti poliltik”.
“Bahkan saya tidak
pernahpun mendaftar diri sebagai ahli dalam mana-mana parti politik,”katanya.