Sunday, May 5, 2013

Kenduri Pilihanraya.


Untuk menutup kempen Pilihanraya Umum ke 13, pada malam 04 May 2013, Rukun Tetangga Jalan Melikai Kampong Raja Uda mengadakan kenduri serta doa selamat supaya perjalanan Pilihanraya keesokan hari nya berjalan dengan lancar dijauhi segala mala petaka. Bacaan doa disampaikan oleh Tuan Haji Abu Bakar Ibrahim.

Kenduri Pilihanraya ini diadakan atas muafakat gotong royong dan semua ahli, anak dan isteri menjalankan peranan masing masing.

Persiapan sebelum kenduri.








Hari masak.




Kita makan…………….




























The Chief - Tuan Haji Ariffin Shariff.

Kehadiran calon pilihanraya Dato Dr Ching Eu Boon @ Azman Ching di saat saat akhir berkempen meluangkan masa untuk bersama memeriahkan suasana muhibbah sambil dapat memberi satu peransang, kepercayaan dan harapan pada hadirin semua untuk memangkah beliau sebagai ADUN untuk masa lima (5) tahun yang mendatang.





Berkampong nya ahli Rukun Tetangga di Kabin RT selama lima belas (15) hari menghadapi Pilihan Raya Umum ke 13 berakhir pada jam 12 malam. Pulang dengan penoh harapan bahawa kejayaan akan tercapai, insyaalah.                    

No comments: