Wednesday, April 17, 2013

Calon Barisan Nasional N 47 Selangor.

Dato Dr Ching Eu Boon @ Azman Ching. (berbaju putih).

Diatas, ada lah calon ADUN ditempat saya mengundi, DUN N47 Pandamaran Selangor. Dato Dr. Ching Eu Boon @ Azman Ching berusia 46 tahun merupakan anak tempatan dan dilahairkan di Taman Tengku Bendahara Azman (TBA) Pandamaran.

Mempunyai 13 orang adik beradik, dia membesar dikawasan Pandamaran yang mana kombinasi penduduk nya ada lah pelbagai kaum terutama nya orang Melayu. Pergaulan beliau yang sangat intim dengan orang Melayu tercipta lah nama beliau sebagai Azman Ching.

Bapa beliau ada lah seorang pengusaha Kedai Kopi bertempat di Dermaga 3 Lembaga Pelabuhan Kelang. Suasana muhibah yang wujud di Kedai Kopi ini lah memupuk Azman Ching dari kecil lagi, sambil membantu Bapa beliau bergaul mesra dengan semua kaum yang melanggan di Kedai Kopi Ah Suan.
Azman Ching melanjutkan pelajaran ke Universiti Kolej Selatan dalam bidang pengajian Melayu dan berkelulusan Doktor Falasah Jurusan Pengurusan Pentadbiran dan seterus nya ke American Liberty University.

Beliau mula berjinak dengan arena politik semenjak 2000 dan memilih MCA sebagai wadah perjuangan. Jawatan tertinggi ada lah Ketua pemuda MCA Klang.

Pekerjaan beliau ada lah: MOTIVATOR, PENULIS, USAHAWAN.

Antara pengelaman pengelaman beliau ada lah:

·         Pernah diundang berceramah di seluruh Asia Tenggara di Indonesia, Singapura, Hong Kong, Macau, Brunei dan China.

·         Berceramah didalam Bahasa Indonesia didepan 40,000 pendegar di Stadium Sendayan Jakarta Indonesia.
·         Diundang berceramah yang dihadiri seramai 60,000 pendegar di Stadium Bukit Jalil.

Sebagai Penulis buku yang dikaryakan, ada lah:

1.      Khazanah MLM.
2.      Khazanah Inspirasi.
3.      Khazanah 52.
4.      Menuju Kekayaan.
5.      Motivasi.
6.      10 Sikap Untuk Kekayaan.
7.      Jalan Pasti Ada, Mesti Ada Jalan.
8.      Gagal Bukan Pilihan.
9.      Yakin Diri.
10.  Dari O Sampai Jutawan.

Anugerah yang pernah diterima:

·         Tahun 2006 – Anugerah Tokoh Belia Kerajaan Negeri Selangor.
·         Tahun 2007 – Anugerah The Outstanding Young Malaysian.
·         Tahun 2007 – Anugerah Tokoh Usahawan Cemerlang asia Pacific.
·         Tahun 2008 – Anugerah Usahawan Cemerlang Malaysia.

Versi Dato Dr ching Eu Boon sebagai calon di PRU 13 ini ada lah IKHLAS berkhidmat untuk masyarakat dan berharap penduduk penduduk DUN Pandamaran dapat menerima beliau sebagai Pemimpin yang berwawasan dan mampu membawa kawasan Pandamaran ini ketahap yang lebih baik.

Dato Dr Ching Eu Boon berjanji dan bertekad akan terus memperjuang dan membantu masyarakat yang menghadapi pelbagai masaalah dan akan membawa pembaharuan yang drastik dan dinamik demi menjaga kesahjeteraan penduduk sejagat.

Mengenali Azman Ching, saya dapati beliau amat peramah dan fasih bertutur dalam Bahasa Melayu. Dari sumber yang saya dengar, Azman Ching dari kecil lagi sudah berjinak di Kampong Raja Uda dan Kampong ini ada lah salah satu tempat permainan beliau.

Saya menyeru semua Pengundi Pengundi dikawasan Pandamaran N 47 dan Kampong Raja Uda am nya memberi kepercayaan kepada Dato Dr Ching Eu Boon @ Azman Ching pada 05 May 2013 nanti supaya kita semua berjaya merampas kembali Selangor dari Pakatan Rakyat.

Lima (5) tahun sudah cukup bagi Pakatan Rakyat dimana Manifesto Bukan Janji. 

No comments: